Selasa, Jun 11, 2013

CERTOT : SELAMAT PADA?

Tak semena-mena malam itu dia terima satu ujaran kata yang selama ini dia paling rindu untuk didengar baca.  Kata-kata itu telah lesap sekian lama, hingga dia lupa bagaimana rasa terujanya pada setiap malam ketika dia mahu mengatupkan mata dan berehat dari bertugas sebagai manusia di dunia. Pada orang biasa, kalimah ujaran itu hanyalah ucapan biasa-biasa sahaja. Tapi pada dia, ia umpama satu tenaga. Kuasa baru seperti bateri yang dicaj penuh isinya. Supaya bila dia bangkit nanti dari tidur, dia jadi lebih dan lebih bertenaga dari biasa.

Lewat pagi itu dia terima kiriman "Selamat malam!" Satu kiriman biasa pada orang lain tetapi luar biasa pada dirinya sendiri. Biasa yang luar biasa katanya. Diambilnya pena dan buku tulis. Ditandakan tarikh dan waktu kejadian serta kalimah ini :- 

"Mengapa disua ucapkan yang selama ini ditinggal ujarkan? Muga ia adalah mimpi semata. Jangan ditarik lagi segala rasa. Penat jadinya."

Itu satu peringatan. Agar dia tidak lagi ditekan dengan perasaan. Dia mahu terus hidup tanpa punya ingatan untuk siapa-siapa lagi. Dia mohon untuk sendiri. Biar sampai mati.



p.s : Merayakan hidup dengan senyum dan terus maju.

Tiada ulasan: