Terganggu benar emosinya malam itu. Amat kecamuk. Kali ini dia nekad lagi untuk kesekian kalinya, dia cukup muak ngan perasaan yang sebegini. Suka benar hatinya memanipulasi keadaan. Pada awal dia begitu rasa mahu gembira. Mahu untuk sangat gembira. Tapi malam tadi dia hairan kenapa dan mengapa rasa gembira itu kejap benar hadir dan terbit?
Mamat begitu remuk kali ini. Dia pasti hatinya lebur dan ranap. Sudah tentu tidak boleh dicantumkan lagi waima menggunakan gam gajah Gred A sekalipun.
p.s : cantuman remuk pasti tersisa calar nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan