Isnin, Jun 10, 2013

CERTOT : DOA

Kalau diikutkan kepandaian dia mengira walau pada dasarnya matematik bukanlah subjek kegemarannya di sekolah dulu, ini merupakan minggu yang ketiga dia tidak lagi dicari hubung. Dalam tiga minggu genap itu, separuh dari apa yang dia konotasikan sebagai senyum indah, segala hadir rasa, gembira suka itu hilang, pupus dan lupus. Maka pada hari dia ditinggal senyapkan, didiam bisukan, dia kembali menjadi pengintai hendap yang tegar. Dalam senyap dia perhati lihat pada setiap laman sosial yang menjadi kepunyaan si dia yang pergi tidak mahu menoleh lagi. Ini racun katanya. Racun sengaja yang dibina, digaul segala rasa. Bertanya dia pada diri, mengapa ini selalunya terjadi pada saat dia diterbangkan tinggi dengan segala rasa. Akhirnya dia yang sendiri jatuh dan terhempas ke bumi.

"Sampai bila mahu macam ini?" tanya si kawan.

"Sampai tutup mata dan pergi." jawab dia.

"Dari hidup hingga mati?" tanya si kawan lagi.

"Hidup tanpa punya hati lagi, lebih baik mati dari ditinggal pergi." jawab dia lagi.

"Muga engkau disejahterakan Tuhan." doa si kawan.

Benar kata orang ramai. Biar hilang seseorang yang kita anggap itu chenta dan kaseh, tapi kita selalunya tidak pernah atau akan kehilangan seorang kawan. Kalau bicara pada Tuhan, DIA sentiasa ada dan sentiasa mahu untuk kita sentiasa meminta-minta. Selagi boleh meminta dan punya rasa mahu itu, mintalah sebanyaknya. Doa kan senjata yang paling ampuh dalam dunia.

p.s : Berdoa agar diri sentiasa berdoa dan bersyukur.

Tiada ulasan: