Saturday, November 21, 2009

PROMOSI : LAGI

Tahun ni dah nak hujung-hujung. Lepas tu masuk tahun baru dengan segala masa depan yang baru dan perancangan serta semangat yang baru. Ayoh kita pakat ramai-ramai ahli jemaah ke sini. Mari! Percuma saja!


info lebih? sindiket lah!

Thursday, November 19, 2009

KALUT SONGLAP KOT

Aku ni bukan lah anti KERAjaan, atau pun puak berhaluan kiri. Tapi seorang rakyat Malaysia yang terlalu prihatin walau tak mengundi. Memang sengaja pun. Ni bukan soal pilihan, ni pasal 'permainan' puak' yang suka menyelit adengan kotor demi untuk memerintah.

Ok.

Berbalik pada perbentangan budget 2010, aku sangat menunggu indah khabar dari rupakah, akan pembaik pulih dan 'upgrade' jalur leba internet ke 10mbps - 1gbps.

Kita tunggu sajalah yaa.

Tapi, pada yang menggunakan internet tuk jaringan komunikasi, kerja, dan sosial berapakah kos sebenar bagi seluruh mesin yang anda gunakan dan ianya dalam keadaan ti top?

Mungkin tak cecah RM5K satu unit. *MUNGKIN

tapi bagaimana kalau ada komputer yang mencecah hampir RM12 bagi fungsi yang lebih kurang sama bagai golongan tegar 'HACKERS', penggemar online 'GAMES' dan cerdik pandai PC?

Mungkin agak janggal bukan? Bayangkan RM12K untuk satu pc yang hanya digunakan untuk bekerja (guna ke?) tak sampai 8 jam satu hari (tolak hujung minggu, gebang kat kantin, cuti tulang, m.c, emergency leave, ponteng dan malas).

Bukan kah AMAT rugi dan membazir sekali?

oh yaa... ni bukan tuduhan kosong. dari sumber yang dikenal pasti. lihat sini.

Bukan apa, aku masih lagi ada masalah dengan kemiskinan segelintir rakyat ni. Dari membazir yang bukan-bukan, pi la tolong depa yang memerlukan. Kasi duit tu baiki bumbung bocor ke, dinding terkopak ke, masalah perparitan dan kumbahan ke bukan kah bagus?

Ni asyik dok pulun kroni, rasuah, duit kopi buat apa? Bikin penuh Neraka saja.

p.s :- sampai bila program 'BERSAMA MU' nak tamat? bukan pasal program tu tak bagus, cuma masalah tu tak pernah nak diselesaikan pihak berwajib. Mujur ada pihak swasta nak hulur pertolongan. Nak harapkan hangpa, tengok tv pun daak!

Wednesday, November 18, 2009

SINGKAT OTAK

Filem 2012 yang kini sedang sibuk ditayangkan dan orang ramai pun sibuk nak tengok, kasi penuh panggung atau mahu juga jadi yang terawal tengok supaya esok hari boleh gebang eksyen dengan kawan-kawan yang belum tengok.

Ni buka review pasal filem tu. tidak sama sekali. aku bukan ahli review.

Cuma mahu berkongsi (MUNGKIN) atas apa yang berlaku pada mentaliti segelintir masyarakat MELAYU yang ku kira masih ORTODOKS dan singat mental.

MENGAPA?

hari ni bile baca paper bahagian yag ada SMS dari rakyat jelata tu tertancap la mata ni pada satu bahagian

"Filem 2012 tak patut ditayangkan, takut menyesatkan"

Aduh! apa nak kira sesat ke tak? Dah filem luar, memang gitu la caranya. Kita ni diajar, diasuh dengan didikan masa sekolah. Kalau la kita kuat dengan didikan, apa hal sekali pun takkan sesat dan kita ada akal dan otak tuk nilai baik buruk.

Lagi satu, filem tu filem interpertasi yang bukan mereka beragama Islam. So mereka ada pemahaman mengikut mereka sendiri, gambara mereka sendiri, fiksyen mereka sendiri, kita cuma boleh pilih menonton atau tak menonton. Bukan kita yang patut letak, sesat atau tak sesat sebab tu filem LUAR!



Lain kalau filem tu filem buatan MALAYSIA, direktornya ISLAM, mungkin elok dan layak kata filem tu tak patut tengok, sebab pembuatnya dan pembikinnya adalah orang kita.
Ni yang aku kira sebagai OTAK SINGKAT.

Sama kes cam dulu. Filem BLACK HAWK DOWN.

Filem AMERIKA. AMERICA DREAMS, Amerika yang jadi HERO. Tapi bile mana dikatakan filem tu tak lengkap dan tepat inputnya, yelah dalam filem tu, Askar Amerika yg jadi hero, padahal Askar Malaysia (MALBAT) yang turut serta dalam pentempuran tapi tak dipaparkan dalam filem.

Keluar paper kutuk pasal filem tu, (Tak kisah la nak kutuk) TAPI mengapa perlu bising pasal filem tu tak masukkan ASKAR MALBAT.

Memang lah, sebab filem tu filem buatan AMERIKA. Depa yang keluarkan duit, so depa punya sukalah, Depa nak tunjuk hero. So kenapa perlu kita bising-bising dalam akhbar?
Tulah masalah, buat filem sendiri pun hancai bocai. Yang menonton pula cuma tahu komplen, tapi tak tahu pun pasal proses.


Pada aku, penonton dan pembikin kena lebih bijak la. berenti jadi bodoh. Fikir dan renung kebangangan diri ditempat sendiri sebelum nak jerit pada negara orang lain.

PANDAI

Macam mana nak jadi pandai dan orang semua setuju dan angguk cakap kita?

jadi MENTERI!

Tuesday, November 10, 2009

PENDEK NYAWA

Di lebuhraya jalan kuching, akan ada 4 ekor anjing yang suka menenggek dan bergurau dengan pengguna jalan raya itu.

Lokasi lepak mereka adalah tepian jalan sebelah stesen minya jenama CALTEX.

Jika anda pengguna tegar lebuh raya itu, anda akan terserempak dengan mereka 4 sekawan di tepian jalan. Satu nya hitam, satunya coklat, satunya putih-coklat, dan satu lagi kuning-coklat.

Kini 4 sekawan tinggal berdua.

Satunya hilang entah kemana

Satunya lagi menjadi arwah digelek kereta. Kelmarin waktunya.

Kesian yang berdua.

Tuesday, November 3, 2009

CERTOT: DELETE

Petang dingin, selepas hujan. Perbualan di kafetaria. Tidak ada sebarang bunyi yang indah-indah. Perbualan ini diserikan dengan riuh rendah kaki bola sepak bukan tempatan.

Dia : nak pinjam kamera boleh?

Kamu : tak.

Dia : nape.

Kamu : takut.

Dia : takut ape?

Kamu : takut awak amik gambo awak banyak-banyak...

Dia : kenapa?

Kamu : nanti gambo awak penuh dalam memory SD 4GIG saya.

Dia : kedekut!

Kamu : bukan...

Dia : dah tu?

Kamu : saya tak mo delete gambo-gambo awak tu.

Dia : nape?

Kamu : Saya takde laptop dan pc, saya taknak delete gambo tu.."

Dia : delete je la gambo tu lepas saya gune...

Kamu : takmo juga!

Dia : nape?

Kamu : saya tak mo delete gambo orang yang saya chentaa!"

Dia : ....

Tiba-tiba situasi riuh rendah bertukar menjadi video klip lagu cinta hindustan. Penuh dengan MISS-EN-SCENE yang indah-indah. Ada rama-rama warna warni berterbangan dan kostum pelbagai kaler.

Thursday, October 29, 2009

AKAK BERTUDUNG

Persepsi pertama aku DULU bilamana aku berinteraksi dengan golongan wanita yang bertudung rapi dan berbaju kurung ialah :

  • bagus
  • beriman
  • sedap mata memandang
  • calon bini

Itu DULU

Sekarang aku samakan saja yang bertudung dengan yang tak pakai tudung. Lagi pula, hasil aku melihat golongan WANITA dalam dua kumpulan ini, rata-rata yang tidak bertudung pun sama baiknya.

Entri ini bukan nak berjela-jela pasal wanita bertudung dengan yang tak bertudung, tapi apa yang aku mahu luahkan adalah geng-geng akak TUDUNG ditempat aku menghabiskan lebih dari separuh hari disitu (Kolej).

Boleh ku nyatakan majoriti yang menguruskan pengurusan kolej aku adalah dari golongan itu (yang BERTUDUNG). Aku tak tahu la sama ada agensi kerajaan yang bukan swasta ini memang rata-rata kakitangan nya dari golongan akak yang bertudung. Soalnya disini ialah, mengapa rata-rata bila aku berurusan dengan golongan tersebut, memang aku tak pernah puas dan timbul sakit hati.

Contoh urusan aku di pejabat pos, JPN, JPJ dan kolej serta lain-lain.

Golongan ini punya atttitude yang sama (mungkin mereka ada piagam mereka sendiri) iaitu :-

lembab
lembap
lembap!

Cuba bayangkan bagaimana aku setiap kali jika berusan di HEA atau HEP, golongan sasaran utama ini sering kali membikin aku seperti pasu bunga, halimunan cicak siling atau perogol dan jembalang tanah!

Mereka selalu cuba untuk mengelak dari berurusan dikaunter, bagi alasan orang tu takde lah , orang ini takdelah, datang esok lusa lah (walau boleh setel hari itu). Jadi apa kejadahnya rezeki yang kau orang baham tiap-tiap bulan sedangkan kualiti kerja kau macam berak tak cuci?

Kadangkala penampilan yang nampak baik itu selalu menipu pada mereka yang memandang. Tidak mustahil golongan ini lebih bersifat munafik dari golongan punk atau metal kat luar sana.
Ini memang gejala semula jadi bagi golongan akak bertudung.

Kesian lah, pakai cantik, tudung pun cantik, tapi perangai sikit lagi nak sama ngan DUBUK lapar!
Janganlah kalut sangat! Berkerjalah dengan efisien. jangan asyik nak menebalkan kulit punggung aje!


Tuesday, October 27, 2009

PUJINGGA

Memilih tanpa perlu memilih di antara yang terpilih dan dipilih itu bagaimana ya?

Sunday, October 25, 2009

PUJINGGA

Rocky di kanan, Halls di kiri. Mana pilihan yang dibawa pergi dan mati?

jom LAWAN!

Mari lihat sapa yang kena! Lumba weh! Lumba! Ganjaran: Jadi GERGASI TENET! Anda dah potong?



Gadoh-gadoh juga, lawan-lawan juga, saing-saing juga, kasi up la itu speed, takkan asyik nak jadi berukband, screamyx dan kura-kura? Semalam kerajaan dah kasi budget kasi upgrade services, up la betul-betul! Penat lah nak maki hamun servis hangpa..

TAYANGAN PERCUMA

Jangan nak bagi alasan. Datang je. Kehadiran anda direkodkan. Hohohoho!