Rabu, Mac 21, 2012

SEMBILAN

Dalam perencanaan kehidupan masa kini, pelbagai perkara dan angkara telah, sedang dan akan berlaku. Percaya atau tidak, mahu atau tidak hendakpun, TETAP perlu, kena, harus dan wajib tempuh. Kata orang lama, jangan mengalah sebelum kalah.

Ya, itu yang gua sedang dan akan lalui untuk beberapa tempoh hari lagi. Hari ke hari memujuk diri. Kadang sengaja juga diberi senyum tawar yang kurang manisnya. Susah benar nak tipu diri sendiri rupanya.

Yalah, bila dicuba baru kita tahu apa kita mahu sebenarnya. Bila kita lari dari sesuatu yang kita TELAH punya, dah apabila IA kembali  semula, percayalah itu adalah IKATAN yang sebenar benarnya ada untuk kita. Muga akan datang ini, aku TETAP berada kembali ditempat yang sama dengan JIWA yang sama seiring dan SELESA. Biar murah atau tidak mewah mana pun gaji dan bayarannya, yang penting gua mahukan rasa RINDU RINDU dan MAHU MAHU untu ke tempat curahan tenaga.

Kini gua memikul 3 tanggungjawab serentak dan sama. Muga TUHAN benarkan gua lunaskan kesemuannya dengan jaya dan selesa.

Lagi 9 minggu hitungannya. Gua kembali MERDEKA dan berJIWA! Maka gua akan raikan dengan satu pertukaran cuaca dan amanah yang ada. Muga rancangan gua dilaksana tanpa banyak soal alasan yang kemudian menjadi racun pelemah jiwa.

Muga 9 minggu nantinya gua kembali menjadi warga baru dari yang lama!

P.s : title title.

Tiada ulasan: