Kadang-kadang benar juga pada pepatah "hidup bagai roda".
Bulat-tidak berliku-jarang diatasi mana kedudukan asalnya.
Bila ditinjau semula, kejadian demi kejadian yang menimpa,
terdetik juga, BODOH benar tindakan diri waktu itu.
Kenapa tidak dikawal laluannya?
Mengapa tidak dihalang takdirnya?
Kenapa tidak ditipu kehendak terjadinya?
*senyap*
Dulu nama kamu mungkin disanjung agung biar sampai kering bibir. Nama kamu mungkin pernah menjadi nombor yang paling WAHID. Sentiasa dizikir lagukan. Melekat hebat dalam hati dan perbuatan hari-hari. Semuanya yang baik-baik, indah seperti pelangi.
TAPI
Bilamana beberapa kejadian berulangan mula terjadi, sudah tentu nama kamu yang dahulunya pekat mewangi kini mula menjadi sebusuk TAHI.
Kelakar bukan?
Tapi itulah kenyataan hakiki. Bila dulunya ditatang dodoikan, kini dihenyak jauhkan sejauh mungkin, mula membuang rasa wujud. MUNGKIN sudah tidak mahu mengaku akan kewujudan ini.
Tidak mengapalah. RODA itu bulat.
Terima Kasih atas segala kejadian dan perbuatan. Meyakinkan diri bukan sehebat mana. Tetap tersungkur jatuh bila diduga.
Ya, ini cerita manusia biasa. Manusia yang sentiasa berdosa. Sentiasa bernoda. Tiada lagi yang indah-indah. Cuma kenangan busuk dan bernanah.
Yang luka boleh disembuh jika kena pada ubatnya. Kini luka ini makin menjadi, bila ubat tidak dijumpai lagi.
SALAM pada kalian yang punya jiwa seindah pelangi. Muga diri terpelihara dari permainan duniawi ciptaan NAFSU yang beraja di hati.
p.s : hidup yang perlu hidup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan