Sabtu, Mac 24, 2012

NGADA NGADA

Dalam beberapa bulan dan minggu yang sudah pun lepas dan berlalu. Perkara yang menjadi minat gua adalah perihal mengenai VOUCHER 1 Malaysia yang diagih bahagikan pada sekalin pelajar IPTA tempatan. Sebagai satu langkah usaha bagi meringankan beban mereka dalam membeli keperluan dan bahan rujukan yakni buku.

Okay.

Begini, pada gua begitu beruntungnya generasi mereka ini, dan gua tidak lah menjadi begitu cemburu sebab diri gua sentiasa diasuh dengan konsep ALA KADAR dan apa yang ADA itu lah yang gua akan gunapakai kan. Tidak terlalu mengharap dan beria ia sangat. Sebab itu kemudian akan membunuh RASIONAL.

Berbalik pada perihal VOUCHER, gua datang dari SEKOLAH seni persembahan. Ternyata buku seni persembahan memang sesuatu yang MAHAL dan sukar juga didapati di kebanyakkan kedai-kedai buku yang sedia ada. 

Maka terjadi pula satu KONFLIK di mana VOUCHER yang sepatutnya diagihkan pada pelajar, tidak dapat dilunaskan mengikut ketetepan jangkamasa yang sepatutnya. Nah! ini sudah menjadi menarik. Maka bertempik lah sekalian HULUBALANG maya melaungkan gegak gempita suara dan IDEOLOGI masing masing dalam MENUNTUT hak mereka iaitu VOUCHER buku.

Di sini gua dapat kenal pasti akan beberapa perkara yang ternyata menjadi minat dan ikutan gua.

1. Mereka sebut tentang hak, buku yang mahal, TETAPI mereka tidak menjenguk akan perpustakaan yang sedia ada akan LAMBAKAN buku-buku yang mereka mahukan.
2 Adanya golongan LALANG dan PENAMBAH perasa. BATU API yang membakar HANGUS rasa TOLERANSI. 
3. Pandai berceita tentang HAK itu dan ini, tapi mereka tidak selidik bahawasanya sekolah mereka ini berlainan status yakni bukan IPTA mahupun IPTK.

Dan,

Ramai juga menjadi HERO demi menegakkan apa yang mereka rasakan betul. Padahal mereka sendiri tidak mengetahui PROSES itu bagaimana. Susah dalam mengiyakan dan mendodoi hati SEKALIAN mereka yang panas jiwannya.

Bila VOUCHER telah berjaya diusahakan, dan mula di agihkan, masih ramai juga tidak tahu bersyukur. Masih ada yang SINIS "mohon cepat, JANGAN LAMBAT..", masih ada yang membebel itu dan ini. Bila tak dapat, mula membebel, menghamun, memaki dan segala macam. Bila dah dapat, lain pula gaya ceritanya.

Kesimpulan;

Selagi kau bernama manusia, selagi tu kau takkan pernah rasa cukup tuk menerima sekadarnya. 

p.s : mengada ngada

Tiada ulasan: