Jumaat, Mac 09, 2012

RENTAP

Malam itu dia berentap lagi
Dengan bayang-bayang sendiri.
Dengan rasa yang menguris hati
Dengan tikaman ngilu memakan hati

Malam itu dia berentap lagi
Memujuk jiwa yang dah lama mati
Mendodoi rasa yang dah lama pergi
Menjemput cita yang terbenam sepi

Malam itu tak sama seperti malam lainnya.
Malam itu mengundang derita
Menyempitkan jiwa menyenakkan mata
Malam itu punah dek carutan kata menyesakkan cinta.

Malam itu pergi dan hilang lagi
Merentap rentap
Menyentak hentak
Menginjak pijak

Muga malam kemudiannya
Hadir tanpa kepalsuan lagi
Muga nadinya selesa
Bernafas dan pergi.

p.s: update update

Tiada ulasan: