Isnin, September 19, 2011

CERTOT : KINI

Yahoo messenger itu dionline kan lagi, seketika, dia matikan, tidak lama kemudian dia onlinekan lagi berulang-ulang dia lakukan perkara yang sama. Entah mengapa sifatnya yang ini tidak lagi ditahan-tahan, rindu barangkali. Ya, bukan dia tidak mahu untuk cuba menyapa, dia mahu aja menekan punat BUZZ bagi menandakan yang dia masih lagi bernyawa, masih lagi punya rasa dan jiwa. Tapi dia takut pada bayang-bayang sendiri. Bohong lah kalau dia tak pernah mencuba. Pernah sekali itu dia menghantar mesej 'Hye...' tapi sayangnya tidak berbalas. Langsung. Tapi dia tahu, mungkin dek kerana kemarahan yang masih menebal itu, mesej nya tidak dijawab.

Bukan sekali dua dia bergaduh dengan jiwannya itu, sudah acap kali, kadang-kadang memang sengaja, sebabnya mahu dirasa nilai memujuk dan merajuk itu bagaimana. Takut lupa katanya. Tapi kali ini lain sekali. Boleh dikatakan kemarahan dan percakaran kali ini lebih kemuncak. Sama kemuncak seperti filem Twillight. Bila dilayangkan pesanan ringkas, memang haram tak berjawab. Bila di telefon lagilah tak berangkat. Mungkin nombor nya itu sudah tidak laku. Dia masih ingat lagi dahulu ketikanya kredit telefon tidak pernah mencukupi, ada saja yang mahu digebangkan, dingadukan, dan dikongsi segala macam, tak cukup di telefon, disambung pula di muka buku dan yahoo mesenger. Tapi diakibatkan beberapa peristiwa, muka buku telah didelete perhubungannya, malah disekat!

Jadi dek kerana tiada lagi cara, hanya yahoo messenger sahaja tinggalan perhubungan yang ada. Itu pun hidup segan mati tak mahu.

Memang begini lah kelakuannya. Mengharapkan jiwanya itu menegur menyapa, tapi bila satu hari mesej nya berbalas, dia tidak lagi mahu untuk menyapa. Dia cam benar nada dan kehendak jiwanya itu. Jadinya kini, dia berada dalam dunia impiannya, mengharapkan keadaan dia dan jiwanya pulih seperti dulu. Tapi rasanya tidak. Sebab bila dia kembali mahu untuk mengulang perkara yang sama, gambar jiwanya yang dahulunya seorang kini sudah berdua!

Dia diam. 

Menelan kelat dek racun perasaannya sendiri. Indah sungguh dia rasakan kini. Baru dia tahu, susah benar nak menipu perasaan sendiri. Babi! Katanya berulang kali.

Mungkin mulai saat ini, dia harus mengumpulkan kekuatan, untuk mendelete jiwanya dari berada disenarai kenalan yahoo messengernya ini atau dia sendiri yang membuang akaun yahoo messengernya ini.

Dia benci dengan yahoo! Tiada lagi laungan Yahooo dalam hidupnya sampai mati!

p.s : benci benci