Jasad itu memang sengaja dibiarkan kaku, tidak bernyawa dan berdenyut. Tunggu masa untuk ulat datang melahap daging yang tiada fungsinya lagi. Ramai yang melihat pada jasad yang terbungkam kiam dan ramai juga yang mahu menolong tapi tidak berdaya bila memandangkan nota yang utuh terlekat kuat di dinding.
Dahulu, ramai yang mengetahui jasad yang mati itu pernah dimiliki oleh seorang jiwa. Jiwa yang satu ketikanya hanyut dan leka. Tapi dek kerana perkenalan si Jiwa dengan si Jasad, si Jiwa mula berubah sedikit demi sedikit sehinggakan si Jasad begitu kasih akan dirinya yang mahu memperbaiki diri. Lama juga mereka berkongsi segala macam peristiwa dan cuaca. Biar pun ramai yang mengata, mereka tetap tidak kisah sebab mereka percaya, mulut tempayan memang tidak boleh ditutup.
Tapi ya lah, hidup ini sebenarnya cantik dan bermakna jika ada konflik yang datang tiba-tiba. Begitulah terjadinya pada hidup si Jasad dan si Jiwa, mereka mula dingin dan bergaduh. Hilangnya harmoni dan kepercayaan, muncul pula pengkhianatan dan kata yang tidak serupa bikin. Masing-masing mula menyalahkan diri masing-masing. Serba tidak kena. Berlanjutan khabarnya. Tetapi pada masa yang sama, walaupun ego, si Jasad dan si Jiwa masih mahu memperbaiki hubungan yang terbina walau masing-masing kononnya bertemu dengan pengkongsi diri yang lain itu. Mereka kembali lagi, tetapi masih tidak berjaya.
Kali ini kepincangan semakin hebat dan padat! Tiada lagi kata manis yang menjadi bekalan untuk perasaan hari-hari, yang muncul cuma serangan kata caci maki yang bisa meruntuhkan rasa rama-rama yang ada. Rasa yang membunuh!
Berlanjutan.
Sehinggalah si Jasad terserempak dengan si Jiwa kembali pada satu keadaan dan tempat yang tidak pernah mereka berjanji pun untu bersua.
Tapi sayang seribu kali sayang. Si Jasad mengharapkan si Jiwa memberi senyum pada matanya yang begitu mengharap untuk ditegur. Si Jiwa tidak begitu. Si Jiwa seperti tidak kenal lagi akan si Jasad yang pernah berkongsi segala peristiwa.
Walaupun si Jiwa melintasi si Jasad lebih dari 3 kali lintasan, pun tidak ditegurnya. Seperti si Jasad itu adalah makhluk yang lebih hina dari babi!
Si Jasad rasa pedih, sakit dan tidak tahu apakah label yang sesuai untuk dia nyatakan lagi. Melihat mahkluk Tuhan yang dia begitu rindu dendam tetapi tiada memberi respon yang dia harapkan.
Dek kerana termakan dengan perasaan yang membunuh dirinya dalam senyap, dia menulis sesuatu dan dilekatkan didinding tempatnya teserempak dengan si Jiwa.
Nota ringkas yang penuh derita
"biarkan Jasad ku ini hancur dan melayang menjadi debu kerana ia tidak lagi bermakna pada jiwa yang aku mahukan itu... jangan di alih walau seinci sebab sini tempat yang harus ku bersemadi. terima kasih wahai kaseh!"
Kesian si Jasad. Hidup pun tidak dipedulikan si Jiwa. Ini kan pula matinya. Khabarnya kini, si Jiwa sedang berbahgia dengan pengkongsi hidupnya yang baru. Selamat bersemadi wahai si Jasad. Pergilah engkau menjadi debunga pada dunia yang penuh JIWA!
p.s : bila sudah tidak dipedulikan lagi, seperti nampak tetapi tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan