Jumaat, September 03, 2010

BUFEET KA BOO FAT?

Kelmarin bersama kawan-kawan berbuka puasa di SANTAI KAFE. Hidangan bufeet. Satu kepala Rm 15. Seronoknya apabila bersama kawan-kawan dan dapat kongsi cerita. Yang tak seronoknya bilamana kau punya semangat untuk melantak dengan harapan dan gaya ala-ala pengacara jalan-jalan cari makan, tiba-tiba karektor kau sekelip mata boleh berubah jadi pelajar sekolah asrama yang sedang beratur di kantin sekolah. Ni bukan soal kena beratur sebab ramai orang tau!

Bila kau rancang untuk makan bufeet, apa lagi yang kau harapkan?
1. Makan banyak-banyak.
2. Melantak kaw kaw!
3. Amik jumlah yang kau rasa perlu ikut kapasiti perut kau.

Tapi, yang terjadinya ialah, ada pekerja yang akan menyuakan kau lauk dengan kapasiti yang mereka tentukan! Waaaah! ini betul-betul ambil kesempatan! Semua nya di budget-budget kan! Apa punya buffet kah? Apa guna letak iklan memancing ramai orang dan menipu dengan cara yang paling bangsat? Ini lah dia Melayu yang betul-betul pulun dosa pahala sekaligus! Punya ramai pelanggan dok menyumpah seranah. Tipikal sungguh!

Ini masalahnya kalau suka amibil kesempatan. Rezeki yang cuba diraih dengan cara paling tak berkat. Meniaga dengan cara yang licik dan menipu. Sampai sudah lah tak maju. Pada aku dan rakan-rakan memang takkan jejak lagi dah ke situ. Oh! aku pun mau menyarankan kau orang pun jangan. Setakat nak makan ala carte ok saja. Tapi bila bab bufeet ni mampu membikin kita juga dapat dosa kering secara tiba-tiba.


p.s : tempat lain yang paling canggih manggih dan lazat kaw-kaw pun tak seperti itu. depa siap refill lagi makanan dan minuman. Melayu oh! Melayu!

Tiada ulasan: