Sambutan kali ini berbeza. Mereka menyediakan segala-gala bentuk persembahan di dalam stadium. Indoor activities. Dengan semangat kononya mahu bersama-sama menyambut, tapi apakan daya, ruang stadium tak mampu menampung kami dan baki beribu-ribu warga dan umat Malaysia di dalamnya. Entah kenapa, ralat sungguh rasa di hati kami ini. Berbekalkan dslr dan kawan-kawan yang sama-sama semangat, akhirnya bersila juga di ruang lapang dan menonton di skrin! Kalau menonton di skrin, baik duduk di rumah sahaja!
Apa yang tak kena kali ini?
- ruang stadium tak mampu menerima jumlah kami yang ramai bangat!
- separuh tempat duduk dipenuhi dengan ahli persembahan, warga jemputan khas dan vvip.
- tempat duduk orang awam yang kami tak tahu dimana lokasinya.
- buku kartun Wah! 10 yang sebenarnya untuk agihan umum, nampaknya tersadai sahaja di pintu masuk stadium. berbundle-bundle! MEMBAZIR.
- Skrin yang di luar untuk tontonan pun agak 'comel'.
- Persembahan ulang tayang dan sama.
Pendek kata, keseronokkan kali ini lebih tak menjamin. Ruang yang tak mesra dan kasihan pada sekalian yang cuba menyokong tetapi hampa akhirnya.
p.s . penganjur oh! penganjur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan