Sabtu, September 04, 2010

EMPIRE TOWER IN MEMORY vol :1

EMPIRE TOWER
Aku adalah diantara mereka yang 'dilahirkan' menjadi pembikin seni diruang tingkat 31,32,33 dan 37. Ruang tersebut terletak di dalam perut bangunan tinggi yang bernama Empire Tower. Ada kisah yang pelbagai. Pertama kali aku menjejaki Akademi Seni Kebangsaan di Jalan Ampang, aku tidak menjumpai kerana A.S.K telah berpindah ke ruang lain. Ini kerana tapak di jalan Ampang, sering di landa banjir. Maka A.S.K berpindah di Empire Tower dengan menyewa beberapa lantai dan dijadikan ruang operasi A.S.K. Pertama kali aku cuba mendapatkan tempat sebagai pelajar, aku GAGAL menjumpai, manakah Empire Tower ini. Ditakdirkan Tuhan yang memang memberi laluan, aku jumpa jugak walau dua kali menyusur Jalan Ampang berulang-alik!

Pegawai pertama yang aku jumpa waktu itu adalah Ce'Kem. Ketika itu Ce'Kem mahu ke Surau. Terserempak dengannya di tingkat 33, dimana ruang tersebut adalah ruang pejabat. Aku ke situ sebab mahu membeli borang untuk cuba menjadi 'ahli'. Sekali lagi Tuhan memanjangkan jodoh aku dengan A.S.K. Aku diterima masuk setelah melalui beberapa proses. Nah! Maka bermaharajalelalah kami di Empire Tower dengan seribu satu macam cerita!

Tingkat 31 adalah tingkat yang menjadi ruang kami lepak, bekarya dan berjiwang. Disini terletaknya perpustakaan, 3 buah makmal komputer dengan kemudahan untuk printer. 2 makmal komputer untuk kegunaan kelas dan pelajar untuk menyiapkan tugasa. 1 makmla lagi dengan ruang yang kecil sedikit adalah untuk melayari internet. Ruang legar pula diisi dengan kerusi rehat yang mengadap ke ruang luas panorama Jalan Tun Razak, kami boleh melihat KLCC. TABUNG HAJI, AMPANG PARK dan bunga api! Di tingkat itu juga ada papan notis yang kami transformasikan menjadi ruang mempamerkan karya. Banyak juga nukilan puisi kami tampal di situ. Ada pelbagai cerita dan semua pelajar sudi menyumbangkan puisi. Tak kira fakulti! Lebih seronok lagi bila bulan puasa. Ada yang meniaga di ruang legar 31 itu. Menjadikan kami rapat antara satu sama lain!

Tingkat 32 pula adalah ruang studio tari dan teater. Tempat untuk berkarya, mencuci mata. tidur dan juga lepak sambil baring-baring. Kebanyakkan mini show, kami lakukan di antara studio-studio tersebut.

Tingkat 33 terletaknya ruang pejabat pengurusan setiap jabatan, HEA, HEP dan pejabat Pengarah A.S.K. jarang sekali pelajar mahu ke sini kecuali urusan pendaftran subjek atau berkenaan je!

Tingkat 37 , adalah ruang bagi pelajar  muzik untuk berlatih, bilik kuliah dan dewan utama. Dewan utama ini pula akan ditransformasi setiap minggu untuk Show jabatan muzik yang dikenali sebagai 'Seminar Seni Persembahan'. Ada mini konsert mengikut tema! Itu yang seronoknya. Setiap minggu kami akan dapar rasa pelbagai jenis show dari Melayu tradisional, pop rock, jazz, rock dan macam-macam. Semua FREE dan TIP TOP!

Tapi itu dulu lah. dulu rasanya kemudahan yang diberi walau diruang yang  kecil dan terbatas, tapi kami selaku pelajar rasa sangat selesa. Ruang yang mendekatkan kami dengan rakan-rakan lain. Sekarang tak macam dulu.

...TO BE CONTINUE


Tiada ulasan: