Rabu, Jun 30, 2010

SELEBRITI VS AKTIVIS

Situasi :
Kamu seorang aktivis teater, pengiat seni yang belajar bertahun-tahun untuk diploma, ijazah, master atau p.h.d. Kamu juga merupakan seorang pengiat dan aktivis. Jikalau kamu masih segar (fresh) , lagi banyak halangan tuk kamu mendapat gaji yang setimpal. Bagi yang seperti kamu, keberankalian untuk dibayar tinggi itu agak mustahil, atau berlakon untuk watak utama dan penting juga seperti mustahil walau kamu dan mereka seperti kamu sebenarnya lagi mampu, bagus atau terbaik berbanding pelakon yang sedia ada.

Selebriti:
Mungkin seorang artis realiti tv, artis segera, pelakon filem , drama, penyanyi dan sepertinya. Jadualnya padat sebab memenuhi permintaan dan kehendak pasaran.

Jadi, situasi ganjil berlaku dalam setiap kali produksi adalah:-

  1. Pelakon teater dari institut pengajian teater yang sebenarnya lebih bagus dari pelakon yang sedia ada TERPAKSA datang hari-hari ke latihan demi untuk menjayakan persembahan. Padahal ulangan latihan itu sama sahaja sebab mereka itu hanya memegang watak picisan dan esemble biasa. Paling kasihan, apabila mereka ini sukar untuk diberikan pelepasan hari yang tertentu dan dibayar murah!
  2. Pelakon selebriti pula lebih untung. Memang benar mereka sumber penarik audiens, tetapi, golongan seperti mereke apabila membuat teater lebih untung dan menguntungkan. Sebab, mereka diberikan pengecualian khas pada sekian tarikh untuk tidak hadir, mereka boleh tidak menghadirkan diri tanpa banyak soal dari pihak pengurusan dan yang paling penting dibayar LUMAYAN!
Memang ini soal rezeki masing-masing, tapi sampai bilakah senario kasihan ini akan berlanjutan? Ini bukan soal popular atau gaji lumayan. Ia adalah soal hak dan tempat. Kalau orang-orang lama (merujuk pada golongan atau individu yang menjadi produser atau pengarah teater yang senior) asyik mengulang trend  yang sama (mengambil artis berlakon teater), sampai bila pun, orang-orang muda teater tak punya peluang untuk beraksi sebagai watak utama dan penting!

Maka tidak hairanlah, golongan muda ini lebih banyak berkarya ke arah lain dan tempat lain yang bukan menjadi tumpuan utama seperti Istana Budaya. Percayalah mereka yang muda ini lebih segar dan terkini persembahannya. Lebih berdikari dan punya kualiti.

p.s : peluang itu harus diberi. ruang itu harus diberi.


4 ulasan:

✖Maqruf Lim✖爱 你✖ berkata...

kalo macam tuh jangan lupa kat CM nnt bulan 31*7

Aloy Paradoks berkata...

hehehhehhehhehe

Tanpa Nama berkata...

Uda dan Dara...bersanding..xberpelamin......
nesan condong tegak bertaburan...
gadis kecil menangis kehibaan..
tdk ada padang perjuangan...
pahlawan gugur tergelimpangan....

Tanpa Nama berkata...

betapa saya amat bersetuju dengan kenyataan saudara. itulah hidup.
ketidakadilan dimana2.