Selasa, Jun 29, 2010

BUMI HUJAN LAGI

panas itu terhenti dek hujan membasahi bumi.
hujan itu rahmat pada mereka yang faham apa itu nikmat.
adakalanya kita harus bersyukur dan setia dalam menempuh.
bukan semua hal kita mampu mencongak
kerana dramatik esok yang tak mampu kita jangka plotnya bagaimana
mungkin ada justifikasi yang seiring kita mahu ia hadir.
bangkit
bangun
dan jalan
kemudian lari.

tidak pernah mahu berhenti
walau disitu letaknya penghujung.
Syukur!

Tiada ulasan: