Kata kuci :
"mahu diberi nafas baru pada sesuatu yang sudah bergelar 'lama'"
Tetapi:
Tak ada beza pun. Corak dan gaya masih sama. Olahan yang sama, aturan yang lama. Kekaguman yang sama.
Mahu disalahkan siapa?
Ini ada secebis masalah berulang yang masih sama berlaku dalam mana-mana seni persembahan. Katanya mahu membuat pembaharuan, perubahan dan pemberian nafas dan rasa segar. Sayang sekali bilamana apabila 'orang lama' mengepalainya, sudah tentu jiwa muda terkini, rasa pop segar dan baru itu nescaya tidak wujud. 'Rasa' air tangan tentu sekali berbeza walaupun tenaga kerja nya orang muda.
Yang tua jadi lama. yang muda jadi tua. ini kitaran alam. Kalaulah idea generasi yang berbeza itu boleh dikompromikan. Pasti hasilnya akan 'boom'! Tapi sayang, mana ada orang lama mahu mendengar kata atau cadangan dari orang baru? Ego dan rasa taiko itu pasti menyekat.
p.s : sampai bila?
1 ulasan:
WOW,i like model ni...gehehehe
Catat Ulasan