Isnin, Julai 06, 2009

CERTOT : DUO

Hari ini Mamat ke bank. Dia ingin melihat jumlah simpanan yang di kumpulnya dari sekolah hingga kini. Ya, kini Mamat berusia 30 tahun. Tak punya siapa-siapa lagi. Dia dah menjadi anak yatim tunggal 10 tahun yang lalu. Mamat bukanlah seorang yang bermewah-mewah. Pesanan mak ayah yang memintanya supaya tidak terlalu boros dengan harta pusaka yang tak semewah mana. Malah amalan menabung sedari kecil juga masih diterapkan hingga kini. Tapi sayang kemewahan Mamat tidak pula mahu disenaraikan di dalam majalah Forbess.

Sampai saja di bank, Mamat terus sahaja ke ATM, menekan punat nombor dan terus ke pertanyaan baki. Ya, Mamat juga tidak punyai log in untuk akaun online banking. Mamat tidak mahu kecewa katanya, kerana jaringan internet di negara ini masih lembap jika di bandingkandengan dunia luar. Biarkanlah dia tak menggunakannya, pada Mamat, buat apa, kalau mulutnya memaki seranah servis perkhidmatan yang lembap.

Mamat mengeluarkan sejumlah wang. Di simpannya kemas-kemas di dalam sampul dan diletakkan di kocek kanan di bahagian hadapan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pencopet menyeluk di belakang.

Kini Mamat mula mengatur langkah. Langkah yang disusun rapi selama ini. Hidupnya yang solo harus segera dimatikan. Dia mahu bertukar status ke duo.

Tetapi dalam fikiran Mamat terdetik pula satu perkara.

"Di mana tempat membeli cinta?"

Tiada ulasan: