Dia hairan, semakin hari semakin ramai yang menjauhkan diri. Dia tak tahu mengapa, puas diselidik, tapi masih buntu menemui jawapannya. Pelmacam hipotesis awal yang dibikinnya. Tapi masih sama. Dia tak tahu mana puncanya.
Dia percaya, dia tidak mempunyai masalah bau badan, kerana dia menggunakan sabun dove dan shampoo yang berjenama terkenal dengan tag line 'guna jari pun boleh'. Malahan haruman yang disemburkan di badan juga dipilih dari sumber yang asli. Siapa yang tak kenal dengan haruman 'one drop perfume'? Bertahan hingga ke satu hari.
Dia makin sangsi. Makin tidak selesa dengan keadaan ini. Lalu dia pun melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta yang terkemuka. Yalah, bukan kerana dia berlagak dengan ribuan ringgit gajinya tiap-tiap bulan, tapi memang dia tak suka melengah-lengahkan, tak juga suka beratur panjang menanti giliran di hospital kerajaan. Yang pasti, rawatannya harus di pantaskan penawarnya.
Maka pada waktu yang telah ditetapkan, diselidik dan dilakukan beberapa kajian oleh pihak doktor yang bertauliah, maka satu pembedahan ringkas perlu dilakukan di abdomennya. Sekumpulan doktor telah berjaya mengesan punca masalah melalui soal selidik yang dilakukan.
Ya, doktor ini bukan doktor sebarangan seperti kebanyakkan doktor kerajaan. Ini doktor pakar seperti mana kita lihat di siri tv HOUSE.
Pembedahan dilaksanakan diwaktu yang ditetapkan, belahan dibahagian berdekatan dengan hati dia dilakukan penuh konsentrasi, lapisan kulit dipotong dan dilapah mengikut ukuran. Sehinggalah doktor berjaya melihat organ hati si dia.
Doktor itu potong dan mengeluarkan hati itu perlahan-lahan ke dalam mangkuk keluli. Doktor mengamati, punca masalah adalah dari hati si dia. Hati yang mengeluarkan bau busuk sebusuk-busuknya, hati yang dahulunya merah kini makin hitam kehitaman, walaupun dia bukanlah seorang perokok tegar, hati yang mahu untuk berulat dan berkulat.
Setelah hati dia di cuci dengan air suling dan air zam-zam yang di import khas dari sana, di masukkan kembali kedalam abdomen dia dan dijahit kembali sekemas-kemasnya.
Setelah si dia sedar dari lena khayalan morfin, doktor menasihatkan dia bahawa, dia tidak perlu sebarang pil, hanya satu cara rawatannya , jangan sesekali BUSUK HATI dengan orang sekeliling jika tidak mahu masalah penyakit ini timbul lagi.
Dan si dia akur seakur-akurnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan