Rabu, Julai 08, 2009

CERTOT : KETAWA

Gelak lagi. Ketawa pun lagi. Kali ini lebih dekah dari tadi. Lebih lucu. Impaknya sangat mengelikan hati. Kawan serumah hanya mampu mengelengkan kepala. Biarlah kata mereka. Asal masih belum disampuk sudah. Kalau kena sampuk, mahu juga menalifon Wak Khalid datang buat rakaman. Kurang-kurangnya dapat juga masuk Astro. Boleh popular juga.

Pagi tadi pun kawan serumahnya nampak si Mamat ketawa.
Petang tadi masa membaham pisang goreng pun dia ketawa.
Malam ni pun dia masih ketawa.

Apa yang lucunya?
Maka, bertanya lah kawan serumah pada Mamat. Mamat pandang, dan senyum dan sambung ketawa. Dia jenguk ke bawah meja diruang tamu, di capai beberapa keping akhbar dan diberinya pada kawan serumah. "Nah!" kata Mamat.

Kawan serumah gapai dan belek. "Huh? Paper? "
Kawan serumah tanya lagi,"Apa yang kau tengok lucu sangat ni? Senariokah?"
Mamat senyum dan ketawa lagi.
"Tak, Senario mana lucu...Tu.. Buletin Utama!" kata Mamat dan dia ketawa lagi.

Kawan serumah diam. Cuba untuk memahami. Kawan serumah duduk dan membelek akhbar Metro, Utusan, Berita dan bermacam-macam lagi yang diberi oleh Mamat dan cuba untuk memahami kelucuan apa yang diperolehi oleh Mamat.

Suasana dalam rumah senyap-sesenyapnya. Hanya suara ketawa Mamat sahaja yang menghiasi kesepian malam itu.

Tiada ulasan: