Berhajat la si Abu menjadi burung. Dia terlalu bosan menjadi manusia. Ya lah, pada Abu, manusia kena pergi mengundi, dan dia malas untuk mengundi dek kerana dia tidak berminat dengan pemerintah yang ada. Malah, Abu pun tidak suka menghulurkan pada si polis akan beberapa not- not ringgit kalau dia terlupa untuk memandu perlahan. Pada Abu, hidup ini satu kegembiraan, buat apa hendak dikecoh-kecoh.
Entah bagaimana, terdetik pada dia untuk terbang seperti burung. Mahu bebas dari kumpulan manusia. Mahu pergi kemana dia suka. Ya, doa dan hajat Abu tidak sia-sia. Walaupun dia bukan kategori wali atau dari kumpulan lelaki berserban dan berjanggut, dia tahu kerana kenaifannya, kejujurannya maka itu sebab doa dan hajatnya dimakbulkan.
Kini...
Dia bebas sama seperti burung-burung lain. Punya sayap yang bisa membawanya tinggi dari kawasan manusia.
BANGGG!
Abu yang tadinya terbang bersama kelompok burung-burung lain, akhirnya tersungkur ke tanah. Dalam kesakitan ditembak dengan peluru tabur, dia hairan. Kenapa begitu kejam nya manusia itu.
Dari jauh dia nampak kelibat seorang lelaki ber tshirt dan bertopi. Dia cuba untuk mengenali siapa. Walaupun dia sudah menjadi seekor burung, tapi dia masih tahu membaca.
"D...B...K...L..." merangkak-rangkak Abu mengenali huruf itu.
Lelaki ber-tshirt dan bertopi mula mengaut si Abu, Abu diam, tapi dari bayangan cermin van, baru Abu perasan, tubuhnya hitam sehitam-hitamnya.
Ya, Abu berjaya menjadi burung. Burung gagak!

1 ulasan:
wah dalam maknanya tu...touching jap bro...
Catat Ulasan