Aku percaya sangat bahawasanya, kita ini bekerja adalah untuk memiliki sesuatu. Sesuatu apa? Apa-apa sahaja tetapi yang pasti bukannya wang ringgit. Kenapa aku berpendapat sedemikian? Jawapannya mudah, kerana RINGGIT bukan kita yang punya. Mengapa? Ah! Ia tentu saja menjadi milik tauke kedai kad prabayar, kedai pakaian bundle, gerai jambu ais dan keropok lekor, tauke dvd cetak rompak, tauke panggung wayang gambar, roti canai dan teh tarik. Macam-macam lagi lah. Hasilnya, ringgit di poket kau akan berkurangan nilainya. Itu belum lagi kalau dikirakan waktu kau mahu untuk bernikah 1,2,3 dan 4. Lagi banyak ringgit yang tidak kau akan miliki. Atas sebab itulah, makanya aku rakyat MALAYSIA dengan ini berhajat mahu memindah milikkan ringgit yang ada pada ku di :

Venue nya petang nanti. Ya, aku tak punya Ringgit tuk aku membeli pas masuk urbanscape di KL PAC hari ini. Aku mahu serahkan ringgit itu pada booth-booth yang mahu melakukan sistem barter dengan aku.
*senyum manja*
Jumpa di sana yaa!
*senyum manja*
Jumpa di sana yaa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan