Dia tahu, luka semalamnya masih belum sembuh, walau dicuci dengan dettol dan ditampal dengan handyplus.
Hairan kerana baginya tidak wajar bagi seorang lelaki urban masakini melakukan ultimate fighting kerana berebutkan seorang gadis yang tidak putus-putus mengunjungi Zouk dari melawat muzium negara.
Ah! mungkin kerana susuk tubuh sang gadis itu yang menjadi punca. Bukan dia tak tahu, lelaki maskulin bertotot pejal akan juga merasakan salah satu anggotanya menadi pejal bilamana menghampiri sang gadis. Mungkin juga puncanya dari haruman yang disemburkan dikeliling leher sang gadis yang kemudiannya di cium-cium ketika sibuk melupakan diri di arena tari menari seperti dunia ini kau yang punya.
Bukan dia yang minta sang gadis menghampiri. Sama sekali tidak. Tapi dia tahu, sang gadis memerlukan bahu ketika itu. Ya, dan dia meminjamkannya bahu kanan, tanda si dia prihatin terhadap seorang kenalan. Bukannya dia mahu melebih-lebih pun.
Dan ketika itu, kau datang bersama konco-konco kau yang saling tak tumpah seperti samseng filem Tamil yang mengikut saja kata-kata kau ibarat anjing. Hasilnya, dia dikeronyok dan tak berdaya nak menghadapi kalian seorang diri. Kalau one by one, percayalah, akan dia guna kan taktik Mike Tyson di telinga kiri kau itu.
Nasib baik kumpulan 'MESRA, CEKAP DAN AMANAH' hadir sama di kelab. Ya, walaupun mereka datang bukan mahu untuk menari, tapi sudah cukup bermanfaat pada dia dan kalian pun rela melepaskannya walaupun terpaksa.
Maaf, dia sebenarnya tidak berminat dengan manusia berotot pejal di dada itu. Bukan kerana dia trauma dicewakan cewek.
"Aku GAY!" kata si dia.
Pernahkan kalian tahu?

1 ulasan:
abuyugen, gambar wa camne? hehehe...blh masuk dalam cd x? takut dlm thumbdrive x muat ar..
Catat Ulasan