Malam ini tiada bintang menghiasi kelam malam. Si dia mulai bangkit mengintai jendela. Menjenguk dan menghirup oksigen dingin malam. Muga diri mendapat ketenangan dari kesibukkan persis robot murahan.
Dalam beberapa detik, telefon tangan mulai berdering lagu hype masakini. Si dia mulai melonjak ibarat baru memenangi pertandingan lari dalam guni dan hamper minuman pasti sihat dan kuat.
Ya dia tahu, di sana, tidak mampu membendung rindu dendam kerana hampir 2 minggu si dia dan di sana berperang dingin. Yalah, cemburu orang muda lah katakan.
Dalam berlari dan menari anak, si dia mula bergerak ke arah meja tv tempat terletaknya telefon tangan jenama canggihnya itu. Dalam era moden begini, telefon tangan harus canggih. Bukan sahaja boleh mengetik gambar, malahan boleh ber'facebook' dan ber'twitter' juga!
Sampai di meja, tangan terus merayap dan mencapai. Sambil memejamkan mata seperti kebiasaan yang dibuat sewaktu menyambut 'surprise; harijadi, si dia mulai menekan pad kekuci telefonnya...
Di buka kan matanya bila dirinya pasti, pad kekunci dinyahaktifkan.
Matanya bulat segera menelan isi kandungan pesanan ringkas yang diterima. Sesaat cuma, si dia panas dan geram. Tak guna! jerit hati kecilnya! Matanya berkaca.
"Please reload your handphone...."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan