Selasa, September 16, 2008

MINDA KELAS KE 3 KE ATAU TAKDA MINDA?

Aku bukanlah orang yang suka menyibuk mengintai kain atau seluar diorang. Aku pun ada kain dan seluar aku sendiri walaupun aku beli kat bundle.

Tapi aku runsing dan kacau jiwa bilamana aku melihat situasi manusia yang mungkin pada aku tak faham teknologi. Untuk menyedapkan jiwa aku sentiasa je memujuk dengan mengatakan dalam diri " mungkin sekolah tak abis kot!"

Bukan maksud aku nak berlagak sebab aku belajar abis, ada SPM, dapat DIPLOMA dan sekarang nak mengejar IJAZAH SARJANA MUDA, tapi tak perlu pun belajar tinggi-tinggi asalkan kau tahu fungsi dan kegunaan sesuatu benda.

Aku tak berkudis pun bila rungutan menyatakan bahawa majoriti yang rosak akhlaknya adalah remaja melayu, yang duduk kat dalam penjara atau pusat pemulihan pun orang kita. Bukan nak mengutuk bangsa sendiri, aku tak bangga pun dengan tittle melayu. Aku lagi bangga dengan tittle aku orang Islam. Agama lagi penting dari bangsa. Itu pendapat akulah.

Bebelan aku ini muncul bila acapkali aku beratur untuk menaiki lif. Rumah aku tingkat 15. Tak mewah pun tapi pada aku rumah ini 5 kali ganda mewah sebab aku pernah duduk kat setinggan dan rumah panjang (penempatan sementara) sebelum beralih kat rumah tinggi (flat le!). Tapi aku kurang mengemari rumah ini kerana lingkungan sosial bersama jiran amat terhad. Aku lebih suka rumah panjang aku yang lama kerana aku lebih bermasyarakat dan lebih dekat silaturrahimnya. Aku tak gemar berebut. Pada waktu kemuncak, lift tu memang jadi rebutan, macam berebutnya jantan-jantan bila melihat Angelian Jolie berbogel! Semua nak berebut, maka aksi mementingkan diri pun terserlah lah. Sampai yang nak keluar pun tersekat dan terpaksa naik semula!

Bila tak ramai orang pulak, ketika menunggu maka pakcik atau makcik dan beberapa watak sampingan yang lupa nikmat ganjaran orang bersabar ni menekan lah punat lift tu beberapa kali macam memicit puting Angelina Jolie! Ini lah yang aku katakan tak reti fungsi! Tekan sekali cukuplah, aku belum pernah nengok atau tahu bahawa ada teknologi yang terkini tentang kelajuan lift. Sama ada aku yang ketinggalan zaman atau mereka. Ada ke lift yang boleh bergerak laju bila punatnya ditekan berkali-kali atau tekan lama-lama sampai lift turun atau naik?

Tu belum lagi kau lihat ada yang sayangkan harta dunia ni sampai bawak naik kat atas rumah. Maksud aku motor! Kalau lift tu boleh bawak masuk kereta tentu saja ada yang nak bawa naik. Kecoh betul! Bila lift tu rosak tau pulak nak membebel. Salah kebangangan sendiri! Motor kalu antik ke, ada nilai sejarah ke, tak la ralat. Ni motor cabuk dan motor yang berlambak kat pasaran. Orang lain pun ada motor jugak beb!

Orang kat tingkat 1 pun jakun sangat, tetap nak tunggu guna lift walau boleh gune tangga lyg ebih pantas dari masa nak tunggu lift. Pada aku semua ni menyusahkan orang sekeliling. Sikap mementingkan diri begitu menonjol sekali.

Sampaikan ada yang benak hati tinggalkan plastik sampah tepi liftlah, buang dalam lift lah, campak benda-benda dari atas ke bawah lah, meludah lah,menconteng, vandalisme, memekak, mak bapa yang tak reti jaga anak, budak-budak melepak memekak, dan macam-macam lagilah yang tak best.

Aku tak tahulah samada situasi aku yang ini sama dengan kebanyakkan penghuni rumah tinggi cam aku?

Aku bosan melihat karenah manusia yang bangang, tak reti bersabar dan menyusahkan. Kalau aku ada kuasa aku sumpah sekor-sekor jadi beruk! Aku kesian pada generasi mereka, generasi sebelum mereka yang mungkin menyumpah-nyumpah kebiadapan perangai buruk diorang. Ni baru aku je yang menyumpah, kalau hari-hari tak ke dah jadi doa? lebih-lebih doa orang yang teraniaya! dan ya! aku memang teraniaya dek sikap bangang diorang!

Ps: Eh! Mana boleh gune sumpah. Sumpah untuk orang yang kena liwat jek!


2 ulasan:

pjoe berkata...

orang zaman skarang kedekut masa

rose berkata...

tiap kali bawak muqris naik lif, mesti dia tutup idung dia.