Ya... ari raya kan menjelma tak lama lagi. Seantero manusia la ni sibuk berhimpitan dan menyinggung siku sesama sendiri untuk memastikan baju dan kuih sempat dan dapat dibeli. Itulah keadaan saban hari dalam bulan posa cenggini. Masa ini jugalah masjid, musolla, surau penuh dengan orang yang datang tuk beribadah menop-up amal yang semakin hari mungkin semakin menipis. Masa ini jugalah baru kita dapat kenal dengan sape kite berjiran, berapa lama dah kita berjiran sebab kalu hari biasa memang jarang nampak sebab sibuk kerja katanya. Takpelah, itu soal ibadah yang sendiri punya markah.
Amil pun sibuk dipertanggungjawabkan mengutip zakat, maka kita selaku yang berakal ini janganlah lengahkan pembayaran zakat. Setakat curibeberapa minit berjabat tangan dan melafzakan akad zakat tu apalah sangat dari dok sibuk merayap melilau mencari kuih dan baju raya. Ni ada pulak yang bayar masa pagi raya. Bukan tak boleh, tapi seeloknya sebelum, SEBAB nak diagihkan pada fakir-fakir miskin dan mereka yang tak berkemampuan. Tak tengok berita dan baca paper?
Kita bangga kita ada bangunan tertinggi di dunia, ada litar, ada macam-macam, abiskan berjuta-juta, berbilion-bilion buat projek, repair jambatan, repair bumbung bocor, makan rasuah, songlap harta, banyak artis, bakar bunga api malam merdeka dan tahun baru, sibuk ngan pelbagai atucara yang meleweh-leweh, bina jambatan bengkok dan macam-macam lah sebab nak sahut MALAYSIA boleh! Ya memang kita boleh dalam segalanya.
TAPI...

Kemiskinan itu masih ada, masih ada yang tak berumah, yang takda air, takda makan minum, takda kerja. Masih ramai yang terpinggir atau dipinggirkan. Ni nak raya, kita dok la sibuk pk nak tukat kaler langsirlah, fesyen baju lah, kasut dan capal lah, songkok dan baju melayunya lah. Tu belum kira yang membazir kat pasar ramadahan ngan shopping tak tentu hala. Ya! memang kita harus meraikan hari kebesaran ini tetapi bukankah ia lebih moleh jika kita bersederhana dan tidak melebih-lebih.
Kesian pada kawan-kawan kita yang tak seperti kita. Bantulah mereka sewajarnya. Dari kita dok meraban malam merdeka atau malam tahun baru nengok bunga api tu, baik guna je duit tu cari orang-orang terpinggir ini bantulah mereka. Apa guna kita ada segala kemewahan sampai lupa yang tak mampu ni. Sampai bila kita nak nengok 'rancangan bersamamu' kat TV? Kan ke bagus kita nengok rancangan 'benson&heges : GOLDEN DREAM'.

HAPUSKAN KEMISIKINAN. BERIKAN BANTUAN.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan