Dulu masa kanak-kanak aku selalu main kejar-kejar ngan kawan-kawan. Peraturan nya pakai kata CHUP atau DUDUK. Biasanya kami main untuk POLIS SENTRI dan ANAK AYAM. Kadang-kadang kami main gune BASIKAL, main RONDA-RONDA main KEJAR-KEJAR.
Tapi...
ORANG TUA la ni pun terer main KEJAR-KEJAR. Diorang tak gune LARI-LARI mungkin faktor USIA. DIORANG naik KAPAL TERBANG. Main bukan dekat-dekat cam aku yang main dalam kilang atau kawasan lapang berhampiran rumah. Diorang main sampai ke TAIWAN dan HONG KONG. Dasat kan?
Aku sangka ari ini ada 'sesuatu' tapi hampa. Hampa kerana pekikan, gempita mereka tidak kesampaian. Kesian sungguh.
Aku masih ingat ketika aku dan kawan-kawan melakukan sebuah persembahan ringkas dalam perhimpunan parti 'bawang' ni. Hari Sabtu beberapa hari sebelum puasa. Ini adalah perhimpuna keluarga wanita parti bawang. Diadakan dalam kawasan tertutup dekan stadium yang berhampiran nasi lemak tetek kg baru. Kenal tak? Pada mulanya aku tak minat, tapi atas desakan kocek yang semakin menipis, aku terima tawaran untuk membuat sketsa pendek. Kami di bayar dengan harga yang amat wajar. Pada hari kejadian, ketika ramai mula membuka mata mendengar celoteh aku dan seorang kawan, tiba-tiba aku terperasan ada kumpulan beruniform kemas datang menghampiri kami. Aku buat selamba dan meneruskan bebelan (dalam otak aku mungkin nak escort VIP kot, aku lupa yang perhimpuan ini adalah perhimpuan parti bukan pemerintah!) dan... seorang pegawai berpangkat besar (melalui lencana yang banyak warna di dadanya) memegang tangan aku dan mengatakan "mohon berhenti, anda tak ada permit untuk perhimpunan ini..."
Hahaha! Aku dibayar la woi! Soal permit bukan urusan aku daa... beberapa orang kuat parti bawang ni mula menghampiri kami dan mereka kelihatan amat bengang perhimpunan mereka sentiasa saja diganggu gugat. Ketika mereka riuh aku dan kawan meloloskan diri ke tepi pentas.
Percayalah pada waktu itu aku memang merasakan aku seperti Rajinikanth dalam filemnya yang berjudul 'SIVAJI:THE BOSS'. Ramai yang menghampiri aku mengatakan 'Jangan takut, kami ada...' Terima Kasih sebab prihatin. Tapi aku tak la takut mana pun, mungkin sebab aku orang yang memerlukan segala macam situasi sebagai bekalan aku untuk meneruskan kehidupan seorang yang suka berteater. Aku senyum melihat mereka dan kesian pada kawan aku yang pucat mukanya. Dia tak biasa.
Pengacara Majlis perhimpunan mula mengambil bahagian mengawal keadaan.
"Tolong jauh dari pentas, bagi mereka melaksanakan tugas..."
"Takpe-takpe bagi mereka jalankan tugas, 16 SEPTEMBER tak lama lagi!"
"...Reformasi...Reformasi...Reformasi... " (ayat ini diorang ulang banyak kali)
"Kita tunggu 16 September!"
Keadaan selepas itu pulih seperti biasa, cuma persembahan aku sahaja yang tak diteruskan kerana mengejar masa. Ramai juga yang frust termasuk rombongan yang datang dari luar KL. Mereka kata cerita kami syok. Mungkin syok pada mereka sebab ada unsur-unsur kritikan sinis. Pada aku, lumrah lah...
HARI INI...
Takda apa pun yang berlaku, keadaan seperti biasa, pemerintahan pun biasa saja.. tapi yang keramatnya tarikh hari ini ialah, kami dapat bayaran penuh kami.. pada mereka 16 September adalah hari peralihan kuasa dan pembentukkan kerajaan baru (sebab mereka mengambil tarikh keramat penubuhan Malaysia). Pada aku tarikh 16 September adalah hari aku beruang!!! hahaha!!! Terima Kasih ya Bawang!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan