Sabtu, Ogos 16, 2008

BUMIPUTRA?

Ni lagi satu perangai kalut orang meLAYU ni. Isu ni hanya baru dibibir semata, tak jadi lagi pun, dah kecoh seluruh kampus. Baru je cadang nak buka 10% kuota untuk bukan bumputra, dah kecoh satu Malaya! Entahlah, pada aku ni sikap yang sangat merugikan. Mana perginya, semangat majmuk dan berbilang bangsa? Mungkin takut jati diri tergugat kot!

Melayu ni begitulah, selalu jadi hero bila masuk bab-bab amuk, bab-bab mengarut, bab-bab demonstrasi jalanan ni memang no satulah. Aku tak tau la ni sikap bingai ke atau aku yang bingai dalam membingaikan mereka-mereka ni.

Uitm memang le satu-satunya kampus untuk bumiputra, ntahla tetiba je aku rasa cam ada 'racist' kat situ, betulkan aku kalu aku ni yang bodoh. Tapi bila graduan-graduan Uitm ni kuar selepas menamatkan pengajian, tentu aja mereka akan mencari kerja kan? Kat mana diorang nak kerja? Takkan semua nya nak kerja kerajaan? Atau nak kerja kat tempat yang HANYA UNTUK BUMIPUTRA SAHAJA? Tentu akan ada juga yang kerja ngan bangsa lain? Padan la muka korang kalau semua orang nak mengkuotakan tempat-tempat kerja tersebut seperti syarat berkerja: BUKAN BUMIPUTRA. Hah! baru berpinar mata! Tu pasal banyak yang menganggur sebab sentimen cenggitu la kot!

Ini lah padahnya bila terlalu disubsidikan. Kadang-kadang aku jeles jugak ngan yuran pengajian di Uitm tu hanya beberapa ratus je sesemester. Apa la yang 'daulat'nya Uitm ni sampai tak mau memberi kemasukkan pelajar bangsa asing? Bukannya orang lain pun, rakyat Malaysia sendiri! Kalau nak berkira sangat, tu berapa kerat je bangsa Melayu yang mampu julang nama Malaysia? Nicol Ann David, Michelle Yeoh tu apa cerita? Bangga juga la kan bersorak!

Huh! ni la bingainya, dok melalak pasal status bumiputra ni, apsal tak melalak untuk ISLAM? kan lebih elok. Cuba fikir, Melayu ada UMNO, PAS atau PKR. Yang bangsa CINA atau INDIA ada MCA atau MIC. Tapi yang mualaf ni nak pi mana? Apa status diorang? Bumiputra ke atau tak sebab bukan Melayu atau orang asli dan lain-lain?

Mungkin Melayu UITM ni sayang sangat kemelayuan mereka digugat oleh bangsa lain ni kot, takut tercemar gemilang mereka bila bangsa lain ni mungkin mencantas kedudukan dan taraf pendidikan mereka kot! Apa punya bangang, cuba korang perhatikan, Melayu kat mana-mana kini, lebih omputih dari omputih sendiri, lebih Amerika dan terdedah sifatnya, Kalau tak, takkan lah masuk akhbar tiap-tiap hari!

Alasan diorang mungkin cenggini: "Ingat tak tragedi 13 mei dulu?" Ek eleh!

Tolong lah MeLAYU! jangan jadi melayu yang LAYU! jangan harapkan subsidi! jangan jadi bingai! tolonglah sedar jangan jadi MELAYU MUDAH LUPA!

2 ulasan:

Adieyka Zainal berkata...

emm...bla...blah...

rose berkata...

for your info...kadazan, bidayuh, iban, peribumi and etc (which have a few races from sabah and sarawak not mentioned here) were study here since 10 to 15 years.

sekian, harap maklum