Sabtu, Ogos 16, 2008

SILAP AKU BERKATA KE?

Petang tadi semasa menunggu waktu untuk berkerja, seperti biasa, aku akan menghabiskan kupon dengan membeli juadah santapan perut. Ada la juga berlaku beberapa perbualan kosong di meja makan.

Aku : Emm... nape la ku tak terer menari, kalu tak tentu leh jadi artis budaya
Kawan P : Best ke?
Aku : Best la, ada kerja tetap leh kawin
Kawan L : (menyampuk perbualan) dah tu tak kerja tetap tak leh kawin ke?
Aku : Itu pandangan saya (aku guna saya sebab hormatkan usia dia yang sebaya bapak aku)
Kawan L : Huh! itu statement membodohkan diri sendiri. Dah tu kerja ko skang ni tetap ke?
Aku : (ewah! tak paham statement lak orang tua ni...) ........
Kawan L : Jangan melawan fitrah manusia, orang perempuan kalau dah umur 36 ke atas nanti susah nak beranak... bla... bla... bla...
Aku : Itu pada anda, pada saya, saya tak lawan fitrah itu pendapat masing-masing... (aku geram dalam keadaan tersebut, aku hanya memberi jawapan yang main-main bagi sebarang kenyataan yang di hujahkan oleh kawan L aku tu. Secara mudah aku tak mau menjelakan keadaan dengan hujahan aku pula. )

Situasi tersebut meletakkan aku pada satu gambaran bahawa 'orang tua' yang kononnya banyak pengalaman dan ilmu itu tak semestinya betul. Cuba fikir pada kenyataan aku tentang dua perkara iaitu:

  1. Kerja Tetap
  2. Kahwin
Memang aku belum punya kerja tetap, tapi definisi kerja tetap yang aku maksudkan ialah ia bukan hanya kerja tetap yang tiap-tiap bulan ada gaji dan slip gaji semata, ia juga merupakan kerja yang selalu ada untuk ko buat tiap-tiap bulan dengan pendapatan yang stabil. Pendek kata freelance yang sentiasa ada kerja. Bukan sekadar ko bekerja untuk seminggu dan ko takde kerja untuk 3 minggu dalam sebulan! So macam mana aku nak maintain pendapatan bulanan untuk aku sara diri dan bantu famili aku?

Apa yang merisaukan ialah, pelakon tidak punya status kerja yang tetap melainkan dia seorang yang popular dan sentiasa dipanggil berlakon sekaligus berlakon itu menjadi kerja tetapnya. Seperti pemuzik dan penari, mereka ada jawatan tetap dalam sesebuah organisasi sekaligus mereka boleh bermain dan melakukan perkara yang mereka suka secara tetap dan terjamin.

Pada hujahan kawan L aku tu, mungkin sikap aku yang malas untuk berdebat dengan orang tua yang hanya tahu untuk mengatakan pendapat mereka secara nyata dan terang tanpa mendengar , menerima dan menilai pendapat orang muda semacam aku ini, mematikan nafsu aku untuk berkongsi rasa dan pendapat peribadi. Apabila aku diserang secara emosi, aku lebih gembira mendiamkan diri dan mencari 'turning point' pada topik lain. Ternyata topik lain yang ku kemukakan, berjaya untuk mereka turut sama. Ntahapahapantah!

Pada isu kahwin pula, memang aku dan mencongak-congak hasil aku bercerita pada kawan-kawan perempuan lain serta kawan-kawan lelaki untuk aku mengenalpasti waktu yang sesuai untuk aku menamatkan status bujang aku ini. Aku cuba untuk capai yang aku akan tidak bujang pada 30 atau sebelum.

Aku banyak bergaul dengan orang-orang tua, pengalaman muda aku lebih tua dari usia. Aku faham akan masalah rumah tangga, masalah orang tua, pengalaman yang aku cilok itu banyak membantu untuk aku membina diri aku sendiri.Sebab tu aku memang degil dan sangat keras kepala. Aku ada peel yang orang takkan faham.

"cuba lah matang sikit!" - ni statement yang selalu aku dengar baik dari sesiapa pun. Kelakar sungguh! Apa yang korang faham tentang matang?

Kerja tetap dan kahwin adalah benda yang perlu aku fikir. Aku perlu mengukuhkan kedua-duanya. Kawan L aku boleh lah cakap pasal isu tak kerja tetap pun boleh kahwin. Masalahnya dia dah kahwin senang la cakap!

Kita ni kan masing-masing punya kehidupan, rezeki Tuhan dah letakkan banyak mana kita akan dapat. So aku tak mau ada masalah timbul lepas aku berkahwin. Pada aku bila dah kahwin ni, ia bukan lagi menjadi satu beban. Perkahwinan adalah satu kehidupan jangka masa panjang sampai mati. Aku tak mau menyusahkan famili bila aku takder duit nak beli beras, atau susu dan lampin untuk anak-anak. Maka aku perlu maintain kerja 'TETAP' yang aku maksudkan. Lelaki bila dah jadi suami ni TANGGUNGJAWAB nya sangat BESAR. Aku juga tak mahu harapkan duit bini aja kalau aku takder kerja pulak nanti. Tu sapa nak tanggung?

Kalut sungguh orang 'tua' ni! Hujahannya sangat tak membantu aku langsung! Terima Kasih atas situasi tadi, ia sangat membantu aku lebih mengenali sifat manusia yang tak sempurna mana.

4 ulasan:

alieya akasha azman berkata...

TAK SILAP.BETUL2.TAK DA SAPE YG SILAP. TU FAHAMAN MASING2. BERPEGANG PADA KATA2 DAN PENDIRIAN DIRI SENDIRI. KITA YG MEMBENTUK DAN MENENTUKAN JALAN KITA SENDIRI, BUKAN ORG LAIN.

APA PUN GUA DOAKAN LU BERJAYA DENGAN APA YG LU FIKIRKAN DAN RANCANG YANG TERBAIK BUAT HIDUP LU.

CAYOK2....GUA TETAP SOKONG LU BEB....

rose berkata...

ala...nak rasa ada anak...kat umah tu dah ada 2 orang budak lelaki cute miut cam mama dia...hihihi...

Adieyka Zainal berkata...

ha ah! betul sangat, dua orang anak kat umah tu memang comel cume... mama diorang je yang comot WAKAKAKKAKAKAAA!!!!!

rose berkata...

statement diatas menggambarkan ke jelesan seseorang yang berada di tahap kesukaran untuk dikawal (wild..wild..west...)

sekian terima kasih