Rabu, Ogos 20, 2008

KALUT KE BONGOK?


:ayokona: Apa yang tak best pada aku bile jejalan pada hujung minggu?

  1. Ramai orang.
  2. Waktu ini juga banyak budak bingai dok berkumpul bikin sakit mata
  3. Nak parking payah. Parking penuh.
  4. Beratur untuk tengok wayang pun susah. Semua nak berebut.
  5. Bila berjalan kat esculator, yang mana berendut dan berkepit ngan awek tue, diorang selalu je jalan meleweh cam jalan tu diwasiatkan untuk diorang.
  6. Foodcourt lagilah penuh. Yang dah makan pun tak reti nak bangkit kasi orang lain duduk. Mungkin meja ngan kerusi tu diorang angkut dari rumah.
  7. Nak buang air? Pergh! memang bley kena batu karang lah kan!
  8. Belum masuk lagi bab sale. Bila masuk sale, time nak pilih barang lagi naya, cam tempat tue diorang punye! Siap leh singgung tangan lagi! Cilakak betul!
  9. Yang mana bawa anak-anak kecil lagi sedih. Nampak sangat budak tu tak selesa kat tempat ramai. Bile budak menangis dan merengek, diorang marah plak budak tue. Ni kes mak bapak bangang!
  10. Waktu ini juga aku rasa yang aku dah bukan berada di Malaysia, so takyah aku nak susah payah ke luar negara. Sebab ramai juga bangsa asing dok meronda.
Itu antara sebab kenapa aku lebih suka merayap dan kuar pada waktu biasa. Kalau keluar hujung minggu pun (sebab teman abadi aku kerja dan cuti sabtu dan ahad-itupun kalau takda function) aku lebih suka kuar waktu pagi. Sebabnya:-
  1. Senang beli tiket wayang coz tak yah beratur panjang dan mudah nak pilih seat.
  2. Parking pun sempoi.
  3. Nak makan lagi senang, tempat duduk banyak.
  4. Beli barang lagi sempoi, takyah berebut.
  5. Kuar pagi, so petang dah leh wat aktiviti lain dah... ada masa nak rilek dan berinternet! huhuhu!

:sobrakana:pada anda semua jangan KALUT bile kuar hujung minggu. hujung minggu bukan milik anda sorang so, jangan nak KALUT!

1 ulasan:

alieya akasha azman berkata...

tapi ko lagi kalut.wakakaka