Ahad, Julai 27, 2008

MASUK SEMESTER

Isnin ni dah masuk semester. Hampir 2 bulan terjelepok dalam bilik dengan pc dan dvd. Sekarang nasib baik Tuhan bagi rezeki buat show bulan Ogos nanti. Syukur, boleh juga buat top-up yuran dan belanja sikit-sikt. Takpelah, biar berdikit-dikit sekarang, nanti bila dah senang tak le lupa diri. At least aku tau betapa payahnya nak cari duit. Terima Kasih buat Mak ngan Ayah yang bersusah payah bekerja nak pastikan aku cukup makan pakai. Tu belum campur dengan karenah aku (waktu aku kecil dulu) yang tau merengek dan hanya meminta saja!

Benar sekali, bahawa Tuhan itu adil seadil adilnya. Apa yang berlaku pada aku dan keadaan aku, aku anggap itu antara pelajaran dan 'course' yang aku belajar supaya aku dapat mengepalai kehidupan aku nanti. Sekarang mungkin aku susah dan tidak mampu untuk berjenama tapi akan datang dengan izin Tuhan aku akan dapat apa yang aku inginkan. Itu usaha dan nekad aku.

Aku cuba untuk wujudkan dalam generasi Mak dengan Ayah, ada juga anaknya yang belajar tinggi sampai Ijazah, Master hingga PHD! ( Mak hanya sekolah menengah sampai tingkatan 3 dan Ayah hanya sekolah rendah dan kemudian dia cabut, pergi kerja. Tak silap aku, dia gaduh ngan cikgu sekolah rasanya. Kakak pula hanya SPM dan terus berkerja sampai sekarang).

Aku? Masih lagi belajar dan baru lagi sambung untuk Ijazah Sarjana Muda. Kadang-kadang aku tak tau nak jawab apa bila jiran menegur dalam lift bertanya.

"Buat apa sekarang?"

Aku jawab aja "Sambung belajar buat degree..."

"Lama nya!" jawan jiran tu balik.

Aik? aku rasa mungkin diorang pelik sebab dari aku berjiran di rumah panjang hingga ke rumah tinggi (flat) , mereka hanya tau anak Pak Itam masih belajar dan belajar. Ha Ha Ha! Diorang tak tau yang aku selepas abis aja Diploma, aku freelance setahun dan setahun lagi aku jadi Tutor kat tempat aku belajar. Cuma dalam tahun ini aja aku berhenti dan sambung semula sebab aku kena teruskan misi aku untuk gapai Ijazah (mungkin aku nak capai Master dan PHD-bergantung pada keadaan kerja aku nanti).

Tak kisah lah, at least nanti bila aku dah capai misi pertama (untuk Ijazah), aku dah boleh rancang mana aku nak pergi. Aku perlu cari kerja yang bagus dan income yang stabil, moga aku boleh sara balik Mak Ayah aku. Nak juga hantar mereka ke Mekah buat Haji.

Yang penting aku kena usaha, usaha dan usaha! Moga Tuhan permudahkan kerja aku, sihatkan Mak Ayah Kakak dan Aku, dan sejahterakan Teman Abadi aku.

Ps : Pada korang jangan derhaka ngan Mak Bapak. Siapa yang bergaji lebih, hulur-hulurlah pada mereka, moga rezeki yang kita dapat tu lebih berkat dan suci. Bukan jumlah ukurannya, keihklasan dan tanggungjawab yang perlu utama.

Tiada ulasan: