Kelakarnye... aku rase aku setuju ah. MOSTLY johorians yg aku kenal camni la..
1. They end 9 out of 10 sentences with 'Ekkk...'
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal.
Contoh :- 'Ni awak punyer ekk?'
2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it means Johor Bahru (JB), the city not the state. Normally used by mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya.
Contoh : 'Beb, gua nak turun Johor laa. Lu nak ikut gua tak?'
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru.
Jangan pulak buat lawak berkata, 'Eh, lu kan dah ada kat Johor?'
Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question! =p
3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everyth ing that ends with 'AR' as 'OR'. Contoh : 'Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Muor besok.' Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I haven't met a Johorean yang serious or square to act. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find sometimes orang luar (non- Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.(diorang gile ckit) hehe..
5. Diorang ada ENDUT(aweqz). Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut,kire mcm couple le. Contoh ayat : 'Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.'
6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Candy, Otak-otak, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or candy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? Gula tarik ader lagi kat Stesen bas Larkin..
7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock! Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. Lagipun, Johor memang ada pertalian kuat dgn British. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip, Amy Search, Zainal Abidin Headwind, Nash Lefthanded, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Bandi Amuk, Bittersweet, Sweet Charity etc...Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!
8. Kenduri Kawin Ada acara baling duit yang time tu,all mak-maks kite akan panggil kite suh rebut $$$$$ sekali. Bestt woooo! And ada Telur Pindang. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dgn segala macam rempah dan dedaun untuk m'dptkan that special taste. Lepas rebus,telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. nice! Normally it's for special occasion, like wedding day.
9. Tidur atas 'LECA'** (LE+CE) (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam 'GEROBOK' **. Ambik 'GEBOR' tu.
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat Channel Singapore! For information, Johor bleh terima siaran from S’pore, Indonesia n Brunei!! Kalo dok johor, xde astro pun xpe...
P:s - Aku plak anak jati KL. Tapi, aku pun tak tau slanga bebudak 'kl' ni cakap. 'Poyo' , Lu-Gua, Kerek, Bro, Bohsia, Bohjan, dan beberapa lagi slang-slang muda mudi yang kononya 'Key Ell" nih! Ayat-ayat tu dari sini ke? Atau aku ni yang kampung? Whateva pun aku bangga aku anak Malaysia!
P:s - Aku plak anak jati KL. Tapi, aku pun tak tau slanga bebudak 'kl' ni cakap. 'Poyo' , Lu-Gua, Kerek, Bro, Bohsia, Bohjan, dan beberapa lagi slang-slang muda mudi yang kononya 'Key Ell" nih! Ayat-ayat tu dari sini ke? Atau aku ni yang kampung? Whateva pun aku bangga aku anak Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan