Ahad, Julai 27, 2008

KANTUNG WANG KU NIPIS

Aku hanya beroda dua (motor la) kalau aku ke mana-mana. Ini pun hasil perah tenaga aku sebagai orang 'seni'. Syukur jugaklah, aku tak kaya tapi masih juga boleh berbelanja. Walaupun lambat untuk aku nak merasa kesenangan ini, aku tetap bersyukur dengan apa yang Tuhan tetapkan sebagai rezeki aku dan famili.

Tu belum lagi bantuan dari teman abadi yang selalu saja aku 'pau' bagi menampung beberapa keperluan yang aku tak mampu (dalam tempoh belajar ni aje! doa- doakanlah moga wa dapat kerja best-best leapas habis degree nanti!) Terima Kasih pada Tuhan dan awak!

Persekitaran aku pun tak kurang kecohnya pasal kenaikan emas hitam ini. Aku pun tertempias sama. Dulu aku isi RM 5 penuh aja satu tank (siap melimpah dan boleh kasi kat brader motor lain). La ni isi RM 7 pun tak penuh mana, sekadar meter minyak aja yang sampai ke titit 'F'.

Nasib baik aku bukan golongan 'kamikaze' jalanan-mat rempit. (Emm.. adakah kenaikan harga minyak ni secara positifnya nak mengurangkan kadar lumba haram dan rempit di Malaysia?) Aku tak tahu sama ada aku perlu bersetuju dengan kanaikan ini atau mengikut kata-kata lantang mereka yang majoritinya menolak kenaikan ini. Mungkin aku masih lagi tak punya tanggungjawab yang besar, maka tak la terasa sangat. Aku tidak merokok, tidak punya kereta, tidak ada anak isteri untuk aku beri nafkah. Yang ada hanyalah Mak, Ayah, Kakak dan Teman Abadi campur kawan-kawan.

Belanja aku pun selalu aku laburkan di kedai makan dan panggung wayang atau dvd cetak rompak dan beberapa buah majalah serta buku. Tapi semua tu tetap duit kan? Bila aku hitung usia dan perkiraan aku yang cuba untuk capai PHD. Aku kena fikir jugak pasal kahwin. Mana lagi nak buat simpanannya, nak kumpul aset (kereta dan rumah), belanja kahwin, duit hantaran lagi tu mungkin kalau dicongak-congak banyak juga yang perlu aku uruskan (tempias harga minyak naik ni semua barang pun naik sama. Haram tul!!!)

Entahlah, sejak PRU12 aritu aku mula tertarik dengan arena politik Malaysia ni. Aku rasa semakin teruk. Ni dah masuk kes DSAI dengan SB. Punyalah menarik cerita Malaysia ini. Macam-macam cerita ada. Dari propaganda sampai la ke gossip-gossip dari artis sampai ke menteri-menteri. Tu belum lagi cerita pasal siling jatuh, bumbung parlimen bocor dan kisah mercedes benz kompressor.

Tapi yang nyata semua kisah kat atas tetap tak mampu untuk mengembungkan kantung wang aku yang selalu saja menipis. Ingat nak pergi jumpa TPM minta bantuan biasiswa. Kalu SB boleh, takkan aku tak boleh. Bukankan mereka berjiwa rakyat?

P:s - "kalut sungguh orang Malaysia nih!"- kata aku bila kereta nak corner tak reti nak bagi signal! Hampeh tul. Ni mungkin masa dia ambil test kat JPJ tu dia sogok beberapa not RM tuk lulus.

Tiada ulasan: