Isnin, Julai 28, 2008

MASUK BUDDHA LA!

Al kisahnya, kami ada sorang kawan perempuan ni. Dia ni Cina asal dari Seremban. Ambil sama course ngan aku. Dia ni Cina Kristian. Kami (aku dan kawan-kawan) selalu sakat dan usik dia. Niat kami adalah nak betulkan percakapan melayu dia yang adakalanya tunggang terbalik. Bukan tak betul patah perkataan yang dia pakai, cuma susun letak dia aje. Yang membezakan dia dengan budak cina lain, adalah dia selalu guna ayat baku. Berikut antara kejadian kami dengan Grace.

1.Kejadian Roydy dalam Tren Star Lrt.

Diorang ni tinggal kat kawasan sama dan turun di hentian sama. Satu malam selepas latihan di akademi, Roy ni pun balik le dengan Ah Sooh ni. Dalam tren, Roy nampak sorang mamat cina tersenggun-sengguk menghayunkan kepala mengikut rentak ipod yang dia dengar. Tapi pandangan sepetnya memandang ke arah Roy dan Ah Sooh. Roy plak kaki usik, dia pun cuit si Ah Sooh nih.

"Grace (nama Ah Sooh)! u nampak tak itu lelaki pandang kat u.."

Ah Sooh, dengan sepetnya juga mencuri pandang dan kata : "Ya, kenapa?"

"Saya rasa dia minat kat awaklah! (sebenarnya tak pun! Mamat tu hanya memandang kosong, mungin mengelamun kot!" - balas Roy

Dengan muka yang merah padam, : "Aiyaaa.. Perlukah cakap sebegitu rupa!" balas si Ah Sooh.

Terkedu si Roy ni dengan aksi si Ah Sooh.

2. Grace dan Amy (bukan nama sebenar)

Saya rasa awak ni perempuan yang sunyi, pergilah cari boyfriend yang boleh hilangkan kesunyian awak

tu teks mesej yang Amy dapat dari Grace. Aiyark! Reaksi aku.

3. Shah dan Grace

Sudah ada teman wanita. Nanti saya beritahu dengan teman bakal awak. (bukankah, ayat betul dia bakal teman...)

4. Aku?

Mudah je. Bila aku nengok dan dengar bahasa Melayu dia kucar kacir aku terus je kata:

"Baik awak masuk Buddha!"

"Diamlah....!"

Hahaha!!!



Tiada ulasan: