Selasa, Julai 29, 2008

MELETUP

Hk_

"Mau letup kepala ka? Tak takut ka kawan?"

"Lu jangan nak wat gile!"

Aku senyap je , memerhatikan gelagat punk-punk sekolah  ni wat taiko dari jauh. Nak bergasak la tu!

Aku datang pelan-pelan. Diorang tak sedar sebab ramai jugak bebudak jadi extra berkerumun kat tennis court tu.

Sekarang aku dah dalam lingkungan. Oh! sesi maki memaki rupanya! Eh! dah start bergasak plak!

Emm... mana shiok kalau tengok je ye tak?

Petang tu, punk-punk yang dok bergasak tu aku hadiahkan peneranjang curi tiap sorang. Padan muka! Sapa suruh bergomol kat area aku bertugas?

Cikgu soal diorang tapi cilaka betul diorang leh lak cakap :

"Ada seluar putih tendang saya cikgu!"

Aku buat tak tau je. Tak lama kemudian aku berhenti jadi pengawas. Bukan pasal kes tu, aku dah jelak pakai seluar putih ngan baju biru. Aku nak try baju hijau lak duduk dalam bilik aircond. Dapat gak usha amoi-amoi yang comel-comel dari nengok mamat-mamat kaler ni kat padang. Yelah, samseng sekolah mana nak duk dalam library, ye tak?

Tiada ulasan: