Seronok dan rindu bila aku gamit memori ni. Siapa yang bernaung bawah tahun 'babi' - 1983 zaman sewaktu dengan aku tentu kita punya kenangan sama atau hampir sama.
1. Pakaian
Zaman sekolah aku, aku pakai baju putih ngan seluar pendek warna biru. Kalau kat rumah, aku suka melenggeng aje. Tak fikir pun fasal sebarang fesyen. Tapi yang uniknya, mak aku akan belikan aku baju yang cantik dan aku hanya boleh pakai untuk keluar berjalan atau hari raya aje. Mak kata tu 'baju jalan'. Sekarang, aku keluar KLCC pun hanya bersandal, seluar 'loose-pants' dan 't-shirt' je. Dah takder istilah baju jalan ni.
2. Duit belanja
50 sen adalah nilai duit yang aku belanja waktu sek rendah. Naik lagi 50 sen untuk sek menengah, upgrade lagi seringgit bile aku masuk form 3. Masa sek rendah aku biasa bawa bekal air nescafe dalam tupperware. Kalau mak aku rajin, dia akan buat sandwich sardin untuk aku bawa ke sekolah. Zaman tadika memang takde belanja. Selalu berbekal dan kongsi dengan kawan-kawan.
3. Permainan
Dulu aku tak kenal dengan sebarang game. Main bola pun aku tak minat walau orang sebaya aku ni sibuk dengan bola. Waktu tu aku agak pasif untuk bersukan. Aku tak minat langsung! Ingat lagi game nitendo yang 2 skrin-satu atas dan satu bawah. Dulu aku ada game tu. Game Kingkong dengan Mario. Tapi bile dah naik besar aku kasi game tu kat anak-anak jiran. Tapi sekarang, game tu dah jadi oldskool dan nilai pun agak menarik So, secara tak langsung aku sangat-sangat menyesal!
4. Kawan
Memandangkan aku tinggal di kepong dan sekolah pun di sana, majoriti kawan-kawan aku adalah bangsa cina. Kat rumah pun aku tak ramai kawan sebab jarak rumah aku ngan rumah-rumah lain agak jauh. Hanya ada 4 buah rumah termasuk rumah aku dipisahkan dengan kilang papan dan belukar.
5. Tv
Waktu tu yang paling popular dan aku mesti tengok adalah Captain Power, Taisho Daimos, Dash Yonkuro, Gaban, Suria Perkasa Hitam (Black Masked Rider), Flashman, Maksman, Kickkers, Miss Comet, MacGyver, 3 Stooges, Tom and Jerry, Road Runner, Ultraman Taro dan beberapa lagi yang aku lupa judulnya. Aku akan bertenggek atas kerusi betul-betul depan Tv dan hasilnya aku mengenakan kaca mata yang powernya 550 dan 600. Padan muka aku!
6. Junk Food
Ingat lagi dengan keropok Kum-Kum? Keropok ni macam twisties. Mamee antara yang paling bertahan samapai sekarang cuma yang paling aku suka adalah keropok mamee kari yang pembalutnya punya gambar mamee warna merah jambu. Sekarang keropok tu dah takde. Setakat Ding Dang dan Tora tu memang paling 'mahal' lah.
7. Cinema
Aku selalu menonton wayang dengan bapak aku cerita cina. Aku dah kenal dengan Jackie Chan, Stephen Chow, Jet Li dan Chow Yuen Fatt waktu tu. Mana tidaknya, rumah aku dekat dengan pawagam filem cina. Selalu kami pergi berdua tanpa bagitau kat mak. Kalau bapak aku ada duit lebih dia akan bawa ke panggung federal (kat chow kit') tengok cerita omputih. Yang aku ingat 'Robocop' dan 'Predator'. Ada juga la kami satu famili tengok cerita 'Ops Belantara' kat panggung federal tu. Waktu tu ada lagi panggung lain macam Odeon dan Cathay. Kira macam Tgv dan Gsc la taraf dia.
8. Pengangkutan
Bas mini dari kaler hijau sampai warna 'pink' aku selalu naik untuk keluar bandar. Ada juga bas cam 'Len Seng' dan 'Selangor'. Teksi pulak, yang warna hitam dan kuning jenama datsun kalau tak silap.
9. Mall
Chow Kit antara destinasi yang aku dibawa masuk oleh mak dan bapak. Yang paling gah waktu tu adalah 'Hankyu Jaya' dan 'The Mall'. Nak jauh sikit 'Pertama Complex.' Waktu tu pasar malam yang terpanjang di Malaysia (sekarang ni namanya pasar malam jalan tuanku abdul rahman.) tu terletak di depan sogo sampai traffic sebelum dataran. Yang mana tak tau tu sekarang ni pasar malam tu dah berpindah di masjid india sampai ke campbell.
10. Muzik
Waktu tu aku paling minat ngan Adrian dan adiknya Fifi. Lagu ''ola ole ku beri nama, marilah menari cikebum-cikebum...". Pada aku Fifi tu la yang paling cantik dan comel hingga aku berangan nak kawin dengan dia. Hahahaha! Waktu kecil aku dulu mana reti nak couple-couple ni, kalau suka aku terus berangan nak kahwin je!
11. Kasut
Tentu lar selipar jepun! Bata dan pallas jazz antara brand favourite mak aku yang selalu mak aku beli. Kasut putih tu aku selalu tonyoh dengan kapur papan hitam kalau kotor. Aku juga selitkan kat belakang peti ais kalu kena hujan dan basah.
Itu antara memori yang sempat aku ingat. Aku cuba untuk ingat lagi. Tapi yang 'shiok' nya zaman tu tak la 'havoc' seperti sekarang. Yang nyata aku selau rindu kat zaman tu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan