Khamis, Julai 24, 2008

MALAM INI AKU KALUT

Telefon tangan aku berdering... No pejabat teman abadi aku muncul di skrin.

"Saya abis jam 9mlm, awak ambil saya dan jangan lupa helmet."

Aku mengiyakan saja, tangan dan mata sibuk di skrin komputer meninjau emel dan blog.

Selepas 30 minit, aku bingkas keluar rumah, capai helmet dan menderum ke lift.

Sampai kat bawah aku start enjin moto, dengan telinga disumbat pemain Mp3 laju ke pejabat teman abadi aku.

Di sana, aku dapat pesanan ringkas "Sy mengemas, tunggu tau.."

Selang beberapa minit..

Aku nampak kelibatnya turun keluar dari pintu kaca, dengan plastik di tangan...

Aku menepuk dahi! Bukan sebab barang yang dibawanya, ini fasal aku lupa nak bawa helmetnya bersama! Aiyark!!!

Apa punya kalut aku ni! Dengan lembut tanpa merungut, teman aku ini menyatakan bahawa dia boleh mengambil teksi sambil pelawa untuk makan malam. Aku mengekor teksinya dari belakang persis 'kuda putih'...

Terima Kasih pada Tuhan kerana membikinkan perjalanan hidup aku untuk bertemu dengannya. Terima Kasih banyak-banyak!

Tiada ulasan: