Rabu, Julai 23, 2008

ORANG BESAR NI KALUT

Susah benor biler ada saja majlis yang melibatkan 'orang-orang besar' ni. Kebanyakkan yang menguruskan majlis semuanya aku kategorikan sebagai mangkuk hipokrit yang sangat 'laha'! Apa tidaknya, yang mana kononya perasan pegawai berpangkat mulalah tunjuk belang mengarahkan orang bawahannya mengerahkan tenaga untuk melaksanakan segala macam kerja dengan harapan kredit lambakan pujian di tujukan pada mereka. Huh! apa la punya perangai... Tu belum lagi yang nak tunjuk pandai dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

Kelmarin aku makan malam dengan teman abadi aku, ini adalah cerita yang perlu untuk aku mengikut sifat orang melayu (kalau ikutkan aku, aku tak suka sebenarnya) yang suka berkias. Jadi di sini aku akan merahsiakan nama-nama penting yang menjalankan cerita teman abadi aku ini.

Teman aku ini seorang pegawai biasa dengan kelayakkan diploma. Sama hal dengan rakan-rakan aku yang lain. Jadi demi tugas, teman aku ini diperlukan untuk menguruskan sebuah acara yang agak besar melibatkan universiti yang terpilih. Apa yang menganggu urusan mereka ialah tiadanya konsep persembahan bagi acara itu nanti. Ini kerana konsep tersebut telah diamanahkan (aku tak tahu sama ada ayat 'amanah' ini sesuai digunakan atau tidak bagi merujuk sikap pegawai yang berkenaan) kepada seorang pegawai dengan kelayakkan dan pengalaman (kalau ikut bahasa mudah nya - 'senior' atau bahasa kasarnya pegawai tua!). Tetapi pegawai tersebut masih tidak lagi punya konsep persembahan dengan alasan aturcara yang disediakan tidak sesuai!

Ayooo!!! teman ku ini menyatakan bahawa apabila tiba waktu meeting, alasan diatas sering saja pegawai tersebut gunakan. Ini belum campur dengan bebelan dan leteran dari pegawai tersebut. Pada aku itu cuma alasan bodoh dari seorang pegawai 'tua'! Mana tidaknya, yang dapat aku kesan ialah, dia tidak dapat menyiapakan konsep persembahan, maka apabila mesyuarat, untuk menutup kelemahannya yang bodoh itu, maka alasan dia adalah aturcara yang disediakan tidak sesuai. Apa la bangang nye manusia! aturcara tu kan boleh diubah! Siapkan konsep persembahan, so sudah tentu beberapa adjusment terhadap aturcara boleh dibuat!

Pada aku ini salah satu sikap orang melayu yang bangang. Menunggu kerja untuk membuat kerja. Tu pasal lah kebanyakkannya lembab! Contoh, kalau hari hujan, tiada payung, takkanlah tak boleh gunakan plastik ke, paper ker, zink ker dll untuk elak hujan supaya boleh berjalan tanpa masalah. Takkanlah nak tunggu hujan berhenti sampai ke sudah! Tu lah sikap pegawai 'tua' tersebut. Terlalu melangit sampai lupa bumi...

Tiada ulasan: