Sabtu, Ogos 03, 2013

OGOS

Selamat datang hari baru untuk bulan baru. Satu lagi pengembaraan dan susun atur rentak gaya kehidupan. Bagaimana corak ragamnya kali ini? Muga ianya terbentuk cantik dan indah. Pada 2-3 bulan yang lepas, banyak juga lompong kosong, kehampaan, kekecewaan, rasa yang tak menentu saling bertukar tugas menggilis seluruh rasa dan fungsi otak.

Hari-hari lepas juga banyak yang mencuba untuk meranapkan rasa. Mencalar balarkan kesabaran. Menggadai perasaan. Meracunkan kaseh dan sayang.

Masa yang lepas, tiada lagi bekal senyum indah.
Tiada lagi pandang tegur mata
Hilangnya titip berita cerita.

Itu dulu. Lama dulu.

Bila kita sudah lali dengan benda yang acapkali menyesak kita, pastinya kita terlatih untuk menjadi kuat dengan diri kita sendiri.

Makin kuat.
Makin kental.
Makin tidak mahu lagi berperasaan kasihan.

Maka Ogos, ayuhlah.
Bila diri sudah bangkit.
Kehadapan lah mari kita menuju.
Terus menderu.
Ayuh dan maju!

p.s : selamat tinggal hari lalu.

Tiada ulasan: