Ahad, Januari 31, 2021

Dua Puluh ke Dua Satu

Banyak yang terjadi, tidak sempat dicampak ke mari.

Hingga kini, dunia masih lagi belum sihat. 

Masih lagi tenat dengan perangai manusia pelbagai ragam dan sifat.

Kita masih belum lagi selamat.


Selasa, Jun 30, 2020

2020 YANG BERBAKI HARI

Bila hidup kau selalu di isi dengan kecanduan lain, maka semangat lazim untuk kau kembali menulis itu pastinya terhakis dan padam.

Nampak gaya, di sini bukan lagi ruang untuk diisi dengan masa yang ingin dinikmati kemudiannya.

Tetapi hanyalah ruang untuk memanggil semula memori lama.

Agar yang manis pahit tetap terasa segar dan tidak menjadi asing.

30.6.2020
Dalam Pandemik

Isnin, Mei 28, 2018

2018

Bertahun jugalah ruangan ini sunyi dan sepi. Membawa sekali kenakalan yang sekian lama tenggelam ke dasar yang paling dalam.

Kitaran kehidupan begitulah selalunya.

Adakala kau akan berada dalam satu ruang aneh dan asing. Demi membentuk diri kau selaku manusia yang bernyawa dan punya segala kehendak dan rasa.

Begitulah aku.

Adakala aku juga dalam aktiviti mengawal selia segala kenakalan. Agar hati manusia yang aku tatang dan jaga tidak terdapat cela dan calar walau sekelumit tanda.

Selamat meraikan puasa.

Muga kita selamanya hamba.

Hamba yang adil dengan segala.

Termasuk pada diri yang sebenar-benar empuNya.