Selasa, Jun 25, 2013

MOMENT

Mahu lihat bagaimana pandangan cinta dan kaseh sayang sepintas lalu dan sekali imbas. Hadirnya secara tiba-tiba dan kesannya paling menusuk jiwa?  Cuba liha filem 'The Hangover' 2009, babak terakhir sebelum Stu, Alan, Doug dan Phil pulang, yang paling tekesan sekali adalah pada Jade yang dimainkan oleh Heather Graham, Oh! itu moment yang paling istimewa waktu Stu mahu meninggalkan dia dan pulang. Wajah Jade yang paling sukar untuk dia ditinggalkan Stu walau pada malam sebelum itu mereka sudah 'berkahwin' olok-olok. Jade begitu mahu untuk bersama dengan Stu. Moment kedua adalah bila Stu mempelawa Jade untuk makan malam sekiranya dia punya masa untuk kembali ke Vegas dan Jade mahu ia anggap sebagai temujanji. Oh momen yang paling manis! Pada orang lain, mungkin itu babak sekadarnya sahaja. Tapi gua terkesan sesuatu yang lain. Dalam tempoh singkat dan sekelip saat, pasti kita akan jatuh hati pada orang yang betul walau pada saat yang aneh. Itu namanya semulajadi.


p.s : aneh dan misteri memang sifat cinta sejati.

Tiada ulasan: