Selasa, Jun 18, 2013

CERTOT : UNLIKE

Satu demi satu butang 'like' dia 'unlike' kan kembali. Habes semua segala ceruk media sosial dia jejak. Dia bongkar segala isi dan segala tajuk yang pernah dia klik. Setelah selesai segala, dia duduk tersandar sendiri didepan meja. Berdepan dengan komputer ribanya. Seperti melepas lelah. Dia lekas-lekas mengatur nafasnya. Penat! Apa kah kali ini dia nekad untuk tidak mahu pedulikan lagi. Dia rasa cukup untuk dia berteka-teki dengan rasanya sendiri. Ini soal peribadi. Dia mahu pencen untuk menjadi pechenta sejati. Chenta kaseh dalam hati. Yang manisnya paling tak dirasai. Yang tinggal cuma kelat pahit yang menghentam diri. Remuk ranapnya dia kali ini. Seperti salam yang diberi tak dijawab kembali. Apakah payah benar perasaan dia kali ini? Jatuh cinta nya kali ini lebih sensasi memakan diri. Tak pernah dia minta untuk jadi seperti ini. Biarpun dia doa berulang kali agar tidak bertemu dengan pelemah diri itu lagi. Saat dia mengelak, saat yg sama juga dia ditempelak. Kali ini dia yang palin remuk. Paling rapuh. Kembali dia bertanya .

"Sudah tahu mahu pergi dan menghilang. Hingga aku pun tak mampu menghalang. Mengapa dibawa hati ini sekali. Andai dulu sudah ku beri, mengapa tidak kau pulangkan kembali?"

Hiduplah dia tanpa hati. Hingga dia mati sepi sendiri.

p.s : berhati-hati dalam soal hati.

Tiada ulasan: