Rabu, Januari 01, 2014

2014

2013 yang lalu, 365 hari lamanya, pelbagai rencah yang diadun rapi dalam siri kehidupan sehari-hari. Dari kisah yang biasa-biasa hingga ke ceritera yang paling luar biasa.

Pada setiap jiwa yang gua 'hutang' senyum tawa dan rindu, gua mohon halalkan segala apa yang termampu.

Pada kaseh sayang jiwa raga, muga berterusan kasih dan sayang ini sentiasa ada. 

Pada chenta pandang pertama, muga ia berterusan ada dalam nyata walau tiada terzahir didepan mata.

Pada seluruh yang menjadi nadi kehidupan, muga kita sentiasa terikat bersama atas nama persaudaraan.

Pada musuh yang sentiasa mencuri peluang untuk menjatuh, terima kasih atas tanda ingatan bahawa hidup ini perlukan risiko.

Pada yang MAHA SEGALA, muga diri dan nyawa pinjaman ini mohon dapat dilanjutkan lagi, agar segala impian diri terlangsai lunas hendaknya.

Muga 2014 memberi keberkatan seriring dengan doa yang diraikan.

Syukur!

p.s : bermula lah kisah.

Tiada ulasan: