Sabtu, Disember 28, 2013

CERTOT : HARI SENGAL SAYA

Dek kerana keterujaan untuk memperbaharui lesen memandu (nak tukar kepada kad yg baru yang agak cun ittew) maka bergegas lah gua menuju ke JPJ cawangan Wangsa Maju, gua tiba lebih kurang jam 4 petang. Sampai saja di kaunter, dengan senyuman mesra, gua kabo kan pada staff JPJ yg bertugas."Renew lesen ya encik!" Maka diberikanlah gua no giliran yang agak lama tuk gua menanti. Tertera no gua adalah 117. Ada lagi 79 pelanggan yang menunggu sebelum no gua.

Maka melilau lah gua mencari 'port' yang sempoi tuk gua melabuhkan punggung gua yang kurang isinya ini. Mujur ada satu kerusi kosong. Tapi sebelum gua duduk, gua pastikan juga kot-kot lah ada orang tua ka, orang kurang upaya ka, ibu mengandung ka yang lebih patut duduk berbanding diri gua yang gagah perkasa ini. Nampaknya tiada. Rata-rata semuanya sihat-sihat belaka, lantas gua mengambil peluang yang ada serta merta.

Jam sudah pukul 4.05 petang. Lama lagi nak menunggu. Sambil mengomel di twitter dan diri sendiri, gua cuba untuk membeli masa. Agar pantas lah hendaknya. Dari 10 minit ke 30 minit ke 45 minit hinggalah ke sejam lebih, masih belum ada tanda-tanda no giliran gua akan tiba. Ramai lagi rupanya. Lama. Bertambah bebel lah gua, nombor giliran dibuka beratus-ratus. Kaunter cuma ada belasan sahaja. Ini tak efisien kata gua. Tak langsung!

Sedang elok gua mengomel dalam kesabaran, muncul pula pengumuman penting.

"Harap maaf, sistem tergedala bagi urusan lesen dan bla...bla...bla...."

Pergh! Ini betul mengundang! Sangat mengundang! Mungkin sistemnya maseh lagi menggunakan pentium 3 pada zaman i5 ke i7 neh. Memang sangat tak puas hati. Jam sudah pukul 5.30 petang. Terpaksa lah gua bikin tindakan drastik, hendak pulang dengan lesen yang dah tamat tempoh atau tunggu sahaja sikit masa lagi.

Gua agak cuak jugalah bila mana lesen gua dah tamat 23 Disember lepas. Bermakna sudah 4 hari gua tiada berlesen. Boleh mengundang risiko pada gua yang agak naif ini. Ibarat Ronin. Dsinilah gua terdetik untuk melihat-lihat lesen gua yang tersemat elok dalam wallet.

Perlahan-lahan gua cabut lesen gua itu dari sarungnya. Mata gua membulat pada tarikh tamatnya. Ya, ia tamat pada tarikh hari lahir, 23 Disember...2014.

Huh? 2014?

Haram jadah! Ini baru 2013!

MORAL OF THIS STORY :- jangan buang masa boleh tak?

Tiada ulasan: