Jumaat, Jun 14, 2013

HUJAN

Di tepi sudut itu
Berdirinya aku
Memerhatikan kamu
Yang diam membisu
Tanpa mahu menoleh memandangku.

Lantas

Aku pergi dari situ
Mengharapkan engkau menyebut
panggil nama ku

Selangkah
Dua langkah
Tiga langkah

Aku berhenti.
Sejenak.

Tanpa memanggil
Engkau menyentuh bahuku
Dalam lembut engkau berkata
"hey kamu. Nanti dulu..!"

Kembali aku menoleh
Ke wajahnmu aku melihat.
Tepat ke dalam mata.
Aku senyum dan kemudian
Beredar.

p.s : bila ruang dan peluang sudah ada. jangan dilengahkan masa.

1 ulasan:

Panda Lover berkata...

jiwang jugak abg dieyka ni ye hihi