Dalam rajuk ada mahu
Dalam mahu ada malu
Dalam malu ada kamu
Dalam kamu ada aku.
Imbas kembali masa itu
Engkau di sini aku di situ
Pandang sama satu penjuru
Bertentang mata
Sama terpaku
Kaseh chenta rindu
dan mahu
Ada satu pengikat semua
Satu rasa pemangkin segala
Itulah dia rasa cemburu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan