Semalam saya dah siapkan sebuah mesin yang boleh pulang ke masa lampau. Saya sudah aturkan tarikh dan masanya. Saya harap semua nya akan kembali harmoni sepertimana yang kita rancangkan dulu. Ya dulu, dulu yang sebelum awak kata yang kita harus menjauh sejauh boleh dan mungkin. Jauh kerana awak rasa kita tidak punya lagi alasan untuk bersama.
Sekarang saya tidak tahu hendak buktikan bagaimana dan mengapa harus saya pertahankan apa yang menjadi kehendak kemahuan saya dalam mendapatkan perhatian awak. Kini saya rasa ini sahajalah peluang terakhir saya untuk membuktikan segala rasa.
Mesin masa.
Ya. Mesin ini akan membawa emak dan ayah saya. Ke masa lampau. Pada waktu dan tarikh kelahiran awak. Saya mahu emak dan ayah saya berjumpa dengan Mak dan Abah awak. Biar mak dan ayah saya katakan pada mereka "Ini menantu saya."
Saya harap saya berjaya. Harapnya lah.
Doakan saya ya.
p.s : Kalau masa lampau boleh berputar kembali. apa akan jadi nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan