Rabu, Januari 04, 2012

HARI ITU INI

Kita hidup dikalangan
pemabuk kuasa
Candu wang ringgit.
Kalau ditanya mana sejarah kita yang ada?
Kita tak tahu mahu menunding di mana.
Ada nilai enfiniti yang terhapus dek kuasa ringgit yang tidak seberapa.
Kita lihat penjara lama itu ditarah. Dibuang dari lokasinya. Sudah tidak lagi tersergam di kotaraya.
Dibangunkan pula satu kerja demi poket dan kocek bersama.
Makin lama kita tak punya apa-apa.
Bila pelajar sekolah kita mahu menanyakan apa itu bangunan sejarah yang kita punya?
Tundingkan saja pada KLCC, PAVILION, SUNGEI WANG atau EPHORIA dan kelab-kelab malam sekitarnya.
Sebab kita makin kehilangan.
Makin lama yang tumbuh adalah KONDMINUIUM mewah untuk PEMBANGUNAN!

 

p.s : diruntuh utuh.

Tiada ulasan: