Foto lama mu ku tenung renung. Mengimbau kenangan yang melekat hebat dibenak kepala. Sukar untuk ku buang dan ku kikis hiris. Sengaja aku menjadi pengintai fesbuk mu. Sekadar menjadi penyibuk sepi yang kau tak kenali.
Benar, walau hebat mana pun benci amuk itu kau lemparkan pada aku, sehebat itu juga aku gagal dalam mendidik diriku untuk melupakan mu.
Maafkan aku kerna rasa cemburu itu masih bersisa. Melihat kau beramah mesra dengan si dia jejaka pujaan hati mu yang telah pun mengambil alih tempat ku itu. Zahirnya aku pergi kerana dibenci. Dibenci engkau yang tidak mengawal emosi.
Walau jarak jauh itu telah terbina sendiri tanpa rela hatiku ini. Benarkan aku berbicara pada TUHAN, agar engkau dan dia bisa disatukan. Biar pedih jerih ini ku telan, biar jiwa hati ini membengkak sebal, lantakkan perasaan ini dengan rasa yang segala macam, asalkan engkau senyum indah dan berbunga hatimu itu seperti rama-rama bewarna pelangi segar bugar, asalkan aku tidak bersisa lagi dalam hidup mu itu.
Muga dengan cinta dan kasih engkau dan dia, kekal bahgia hingga ke syurga.
p.s : kekal bahgia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan