Isnin, Disember 26, 2011

KATARSIS

Malam tu gua menonton sequal filem penyiasatam yang menjadi ikutan. Pembongkaran misteri yang berselindung. Ternyata ia filem yang baik, membikin kita seronok 'membaca' nya , menilai semiotika yang ada. Benar, tatkala watak utamanya itu mengorbankan diri demi menyelamatkan sahabat karib nya yang baru sahaja meng'upgrade'kan statusnya itu, ia memberi satu impak bahawa kita sangat sayang akan watak utama tersebut!

Kita terkejut dengan tindakan spontannya, kita terkesan akan kematiannya, kita terhibu dengan keletahnya dan kita juga terpana bila wataknya terkorban!

Tapi...

Watak yang disayangi ini mana mungkin boleh lenyap begitu sahaja kan? Watak yang kuat begini, pintar dan bijak pasti sukar untuk lenyap dan pergi! Itulah KATARSIS malam ini, melihat watak utama itu muncul dan berkeletah kembali!


p.s : pro dan kontra adalah keseimbangan.