Ahad, Januari 01, 2012

SELESAI 2011

Tahun lepas adalah tahun penuh curiga. Pengisian yang agak caca marba. Jiwa yang penuh dengan gangguan. Secara mudahnya ialah konflik diri dan hidup berleluasa. Benar, tahun lepas adalah tahun di mana diri ini diduga dengan hebat. Menjadikan gua kembali sedar bahawa gua ini masih manusia yang bukan nya kebal.

Tahun lepas adalah tahun penuh dengan kecurangan, penuh dengan tipu daya dan hipokrasi, tahun dimana semangat kental ini tewas dengan beberapa hal. Tahun di mana gua meremukkan hati jiwa-jiwa yang kasih kan gua yang sebenarnya terlalu banyak berdosa.

Muga rasa dendam itu dapat gua simpan dalam-dalam. Muga segala benci, sedih dan segala macam perasaan tak molek tahun lalu dapat gua padam. Muga segala kenangan silam dapat gua tenggelamkan bersama seluruh dosa yang pernah terbit dalam ketidaksadaran gua itu.

Muga dosa lampau, rasa menyetan dalam diri ini dapat diampunkan.

Pada permulaan hari ini. Gua mahu kembali menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia. Meninggalkan seluruh yang hitam pada hari semalam. Biar ia menjadi kenangan yang tidak lagi gua mahu berjumpa dan mengenangkannya kembali.

Pada seluruh manusia yang hadir dan pergi, maafkan kekhilafan gua selama masa lalu. Selamat hadir wahai tahun dan hari hari baru. Pada TUHAN, muga benarkan gua menjadi hamba MU yang baru. Gua mohon untuk lanjutkan peminjaman kudrat dan nyawa ini, benarkan gua tebus segala apa yang menjadi tanggungjawan gua, terutamanya biar gua dapat lunaskan membalas jasa dan membahgiakan kedua orang tua sebelum mereka KAU ambil kembali.

"TERIMA KASIH atas SEGALANYA. dan MAAF SEAGUNGNYA!"


p.s : selamat hadir hari hari baru.muga tak buntu dan kaku.

Tiada ulasan: